awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba kesan kebocoran gas ammonia di kilang NSK Sg Tua

Bernama
Bernama
05/06/2024
10:42 MYT
Bomba kesan kebocoran gas ammonia di kilang NSK Sg Tua
Operasi turut melibatkan pasukan HAZMAT dari BBP Shah Alam untuk menjalankan kerja-kerja intervensi bagi menutup injap silinder ammonia yang bocor. -Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesan kebocoran gas ammonia di Kilang NSK Sungai Tua, Jalan Sungai Tua, Bandar Baru Selayang, Selangor setelah menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 pada 10.25 pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor telah mengesan kebocoran gas ammonia di Kilang NSK Sungai Tua, Bandar Baru Selayang, Selangor.
  • Pemeriksaan mendapati terdapat kebocoran pada satu daripada empat silinder yang menyimpan gas ammonia di bahagian stor kilang.
  • Operasi turut melibatkan pasukan HAZMAT (Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya) daripada BBP Shah Alam yang membuat kerja-kerja intervensi bagi menutup injap silinder ammonia yang bocor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan hari ini berkata kebocoran gas ammonia itu berlaku di bahagian stor kilang berkenaan.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kebocoran pada satu daripada empat silinder yang menyimpan gas ammonia di bahagian stor berkenaan.
"Pihak jabatan telah membuat pengungsian (mengosongkan) bangunan dan melakukan nyahcemar di tempat operasi," katanya.
Mukhlis berkata sembilan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian.
"Operasi turut melibatkan pasukan HAZMAT (Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya) daripada BBP Shah Alam telah membuat kerja-kerja intervensi untuk menutup injap silinder ammonia yang bocor," katanya.
Turut berada di lokasi kejadian Ketua Balai BBP Bukit Sentosa Mohd Kamil Hamadan dan Pegawai Operasi Zon Mohd Azizi Mohd Nahrowei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#kilang NSK
#Sungai Tua
#kebocoran gas ammonia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan