awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba Sabah padam lebih 1,700 hektar kebakaran terbuka sejak Januari lepas

Bernama
Bernama
15/03/2024
10:39 MYT
Bomba Sabah padam lebih 1,700 hektar kebakaran terbuka sejak Januari lepas
JBPM Sabah ketika ini berusaha memadamkan 62.56 hektar kawasan yang masih terbakar, dengan kebanyakannya di kawasan pantai barat negeri itu. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya memadamkan kebakaran terbuka kawasan seluas 1,721.29 hektar dari Januari lepas hingga semalam.
Pengarahnya Abdul Razak Muda berkata JBPM Sabah ketika ini berusaha memadamkan 62.56 hektar kawasan yang masih terbakar, dengan kebanyakannya di kawasan pantai barat negeri itu.
Beliau berkata dalam tempoh itu juga bomba menerima 1,011 laporan kebakaran terbuka dengan kejadian tertinggi melibatkan kebakaran belukar dan lalang iaitu 580 kes diikuti kebakaran hutan (368 kes), kebakaran kebun dan ladang (59 kes) dan kebakaran tanah gambut (empat kes).
Katanya Tuaran menjadi kawasan paling banyak laporan kebakaran terbuka dengan 220 kejadian diikuti Kota Belud (140), Kota Kinabalu (95), Lintas (82), Penampang (63) manakala Kimanis dan Kuala Penyu masing-masing 58 laporan.
"JBPM Sabah menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka terutama ketika musim kemarau dan cuaca panas ini. Mereka yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam pada itu sebagai usaha pemantauan dan pencegahan kebakaran terbuka, Timbalan Pengarah JBPM Sabah Farhan Sufyan Borhan berkata pihaknya sedang memantau rapi kawasan berisiko tinggi berlaku kebakaran di negeri itu terutama di kawasan yang mempunyai tanah gambut.
Beliau berkata kawasan tanah gambut kira-kira 200,000 hektar di Beaufort antara kawasan tumpuan JBPM Sabah kerana ia mendatangkan kesan besar sekiranya berlaku kebakaran terbuka di lokasi itu.
"Kawasan tanah gambut di Beaufort yang kedua terbesar di negara ini selepas kawasan di Sarawak. Apabila berlaku kebakaran di tanah gambut ini usaha memadam bukan mudah dan akan menyebabkan jerebu yang amat tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan tips menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#Bomba Sabah
#kebakaran terbuka
#cuaca panas
#Tuaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan