KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya memadamkan kebakaran terbuka melibatkan luas kawasan lebih 3,900 hektar antara 1 Jan lepas hingga semalam.
Pengarahnya Abdul Razak Muda dalam kenyataan berkata keseluruhan 1,435 kes kebakaran dilaporkan dalam tempoh tersebut dan pihaknya masih menjalankan operasi memadam kebakaran di kawasan seluas 1.49 hektar di Tuaran.
Beliau berkata kebakaran terbuka paling banyak berlaku di kawasan hutan membabitkan 578 kes selain di belukar dan lalang (746 kes) manakala kebun (96 kes) dan tanah gambut (43 kes).
"Daripada keseluruhan 27 daerah di Sabah, hanya tiga daerah iaitu Telupid, Tongod dan Kalabakan tidak mengalami kejadian kebakaran terbuka setakat ini," katanya.
Beliau berkata daerah Kota Belud mencatatkan kes kebakaran terbuka paling luas iaitu 725.8 hektar, diikuti Kuala Penyu (688.73 hektar) dan Tuaran (616.43 hektar).
Katanya bagi semalam sahaja, pihaknya menerima laporan 43 kes kebakaran melibatkan luas kawasan 105.05 hektar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Kebakaran terbuka paling banyak berlaku di kawasan hutan membabitkan 578 kes selain di belukar dan lalang (746 kes) manakala kebun (96 kes) dan tanah gambut (43 kes). - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
Sembilan mangsa banjir termasuk warga emas di Menggatal Sabah dipindahkan
Hujan lebat berterusan di Kota Kinabalu sejak tengahari menyebabkan banjir kilat di Kampung Mansiang, Menggatal.
Mangsa terakhir bot karam di Tenom ditemukan
Mayat mangsa terakhir tragedi bot karam di Kampung Kalandos, Pangi, Tenom pada 22 Sept lalu ditemukan pada pukul 7.50 pagi di Kampung Batu 64, Beaufort hari ini.
Lapan rumah, gereja di Kampung Babah Bunduon, Penampang musnah terbakar
Sebanyak lapan rumah dan sebuah gereja musnah dalam insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Babah Bunduon, Penampang pagi Sabtu.
Hanya 30 peratus anggota Bomba Sabah dibenarkan bercuti sempena Aidilfitri
JPBM Sabah hanya membenarkan 30 peratus daripada kira-kira 1,200 anggota dan pegawainya bercuti bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Empat maut dalam kemalangan di Ranau
Empat maut manakala dua lagi parah apabila kenderaan jenis Proton Saga bertembung dengan sebuah bas ekspres di Ranau, petang Khamis.
Kedai empat tingkat musnah dalam kebakaran
Sebuah lot kedai empat tingkat yang turut menempatkan premis menjual peralatan cermin mata musnah dalam kebakaran di Jalan Padas Segama, dekat sini, pagi tadi.
JBPM Sabah sedia hadapi banjir
Seramai 830 anggota JBPM Sabah bersiap sedia menghadapi ancaman bencana alam termasuk banjir susulan permulaan monsun timur laut yang dijangka bermula pada bulan depan.
1,000 tinggal sehelai sepinggang selepas rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Pasukan bomba mengalami kesukaran ke lokasi kerana laluan yang sempit serta tekanan air rendah.