Skip to main content

Malaysia

Bomba sahkan banjir kilat di Kampung Melayu Subang, keadaan terkawal

BANJIR KILAT
Imej menunjukkan kejadian banjir kilat di Kampung Melayu Subang dengan paras air mencecah kira-kira 0.5 meter. - Gambar Bomba Selangor.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang melanda Shah Alam malam tadi mengakibatkan kejadian banjir kilat di Kampung Melayu Subang dengan paras air mencecah kira-kira 0.5 meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar mengesahkan kejadian itu.

Advertisement

Beliau bagaimanapun berkata, banjir tersebut tidak melibatkan sebarang pemindahan penduduk setakat ini.

“Keadaan dan trend air semakin menurun disebabkan hujan semakin reda, tiada pemindahan dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini,” katanya.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 8.30 malam.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong bersama lima anggota digerakkan dan tiba di lokasi kejadian pada jam 8.47 malam selepas menempuh jarak kira-kira 15 kilometer.

Pada masa sama, tinjauan Astro AWANI di media sosial mendapati beberapa kawasan di sekitar Shah Alam turut digenangi air yang mengakibatkan kenderaan terhalang daripada melalui beberapa laluan.


 

Topic Berkaitan

Must Watch Video