Bomba Sarawak tingkat kesiapsiagaan hadapi kemungkinan banjir MTL

Wee meninjau kesiapsiagaan aset keselamatan pasukan bomba sebagai persiapan menghadapi musim MTL di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, hari ini. - Gambar Bernama
KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sarawak kini berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi monsun timur laut (MTL), dengan lebih 383 anggota dan 141 pegawai bomba bantuan digerakkan sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan banjir.
Ringkasan AI
- JBPM Negeri Sarawak bersiap siaga menghadapi monsun timur laut dengan 383 anggota dan 141 pegawai bomba bantuan serta menubuhkan Pasukan Gerak Cepat untuk memastikan tahap kesiapsiagaan tertinggi.
- Penggunaan 17 buah bot dan peralatan seperti set khemah dan gergaji rantai di kawasan yang kerap terjejas banjir bertujuan memudahkan kerja penyelamatan mangsa banjir pada peringkat awal oleh komuniti setempat.
- Datuk Bandar Kuching Selatan yakin perancangan rapi, latihan intensif, dan komitmen JBPM mampu membantu rakyat menghadapi cabaran banjir, tanah runtuh, dan risiko lain semasa musim monsun.
"Dalam konteks MTL, masa merupakan faktor kritikal kerana kelewatan walau sesaat mampu memberi impak besar kepada keselamatan nyawa," kata ketika berucap pada majlis pelancaran Kesiapsagaan JBPM Menghadapi MTL 2025 / 2026.
Sementara itu beliau berkata pihaknya juga telah menerima 17 buah bot bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi MTL, dengan penempatannya difokuskan di kawasan yang kerap terjejas banjir.
"Ini dibuat bagi memudahkan dan menyegerakan gerak kerja penyelamatan mangsa banjir pada peringkat awal oleh komuniti setempat ke lokasi yang selamat.
"Selain itu kita juga akan menyerahkan peralatan seperti set khemah dan gergaji rantai kepada tiga pasukan bomba sukarela di Kampung Buntal, Bako Indah dan PBS Bunan Gega," katanya.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng yang mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, bagi merasmikan majlis tersebut yakin dengan dengan perancangan rapi, latihan intensif dan komitmen tinggi JBPM, dapat membantu rakyat pada musim monsun tersebut.
"Kita sedar akan cabaran yang bakal tiba banjir, tanah runtuh, angin kencang dan pelbagai risiko lain yang boleh mengancam nyawa serta harta benda.
"Namun, saya yakin bahawa dengan perancangan rapi, latihan intensif dan komitmen tinggi JBPM, kita akan dapat bertindak balas dengan lebih berkesan, mengurangkan risiko, serta melindungi rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

