awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba sasar ambil masa 10 minit untuk keluarkan mangsa banjir

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
29/11/2017
09:09 MYT
Bomba sasar ambil masa 10 minit untuk keluarkan mangsa banjir
Bomba beri jaminan mempunyai keanggotaan dan aset mencukupi bagi membantu memindahkan semua mangsa banjir. FotoBERNAMA
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menetapkan tempoh sepuluh minit untuk membawa keluar mangsa banjir selepas menerima panggilan kecemasan.
Menurut Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Soiman Jahid, pihaknya bersiap sedia menempatkan anggota dan aset seperti bot dan lori di kawasan berisiko banjir, bagi mempercepatkan tempoh respons kepada mangsa banjir.
“Walaupun tidak terima panggilan sebenarnya kita sudah tahu kawasan mana yang akan dilanda banjir, jadi pihak kami sudah tempatkan anggota dan bot di kawasan yang dikenal pasti.
“Tapi pada masa sama kami sasarkan untuk sampai ke tempat kejadian 10 minit selepas terima panggilan kecemasan dari pusat gerakkan operasi negeri.
Bomba bantu mangsa banjir
JBPM tempat anggota dan aset di kawasan berisiko banjir bagi memastikan mangsa dapat dikeluarkan dalam tempoh 10 minit selepas terima panggilan. - foto BERNAMA
Beliau juga memberi jaminan pihaknya mempunyai keanggotaan dan aset mencukupi bagi membantu memindahkan semua mangsa banjir.
Ia termasuk bantuan dari negeri lain, sekiranya banjir bertambah buruk.
Soiman turut menjelaskan, berdasarkan pengalaman banjir besar pada 2014, pihaknya juga terlebih dahulu menempatkan keanggotaan dan aset yang lebih di kawasan Kuala Krai dan Dabong.
Topic Berkaitan
#10 minit
#alert
#bahaya
#banjir
#bomba
#bot
#Dabong
#Datuk Soiman Jahid
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kecemasan
#Kelantan
#Kuala Krai
#lemas
#mangsa
#mangsa banjir
#mati lemas
#maut
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan