HULU LANGAT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami kekejangan otot kaki sewaktu melakukan aktiviti mendaki di Gunung Nuang, di sini, pada Jumaat.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Selangor menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.34 petang, Khamis dan sekumpulan anggota telah digegaskan ke lokasi bagi melakukan tugas menyelamat.
Katanya, menerusi laporan awal diterima, sekumpulan pendaki terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita sedang melakukan aktiviti di gunung itu sebelum salah seorang daripada mereka dilaporkan tidak dapat berjalan akibat kepenatan.
"Salah seorang peserta wanita berusia 26 tahun mengalami kekejangan otot kaki dan tidak dapat berjalan akibat kepenatan mendaki.
"Rakan-rakannya berusaha membantu mangsa untuk turun semampu yang boleh sehingga ke Kem Lolo di sini," kata kenyataan itu, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, PGO JBPM Selangor berkata, pasukan penyelamat juga turut bergegas ke Kem Lolo dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi membawa turun mangsa terlibat.
Katanya, rawatan awal telah diberikan kepada mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.
"Mangsa telah berjaya dibawa turun sekitar jam 1 pagi pada Jumaat dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 05 2021
Anggota bomba memberi rawatan awal kepada wanita berusia 26 tahun yang mengalami kekejangan kaki sebelum berjaya dibawa turun dari Gunung Nuang sekitar jam 1 pagi pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Bomba selamat wanita kejang kaki ketika mendaki
Sekumpulan pendaki terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita sedang melakukan aktiviti di gunung itu sebelum salah seorang daripada mereka dilaporkan tidak dapat berjalan akibat kepenatan.