PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melihat kemungkinan suntikan ketiga atau ‘booster shot’ vaksin khusus untuk menangani peningkatan jangkitan COVID-19 di Sarawak.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah meminta jawatankuasa teknikal yang menasihati pemilihan vaksin, yang akan bermesyuarat minggu hadapan, untuk memberi cadangan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Selain itu, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau sendiri akan pergi ke Sarawak pada minggu hadapan bagi membincangkan langkah untuk mengurangkan kadar transmisi jangkitan COVID-19 di negeri itu.
“Ketika ini kami tidak begitu pasti faktor yang menyebabkan peningkatan di Sarawak. Satu kemungkinan ialah penurunan keberkesanan vaksin selepas tempoh masa tertentu, yang kita lihat ada berlaku di beberapa negara lain,” katanya kepada sidang media di sini, hari ini.
Jelas Khairy, perbincangan akan diadakan dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bagi menentukan langkah seterusnya terutama setelah proses pemberian vaksin buat remaja di negeri itu selesai.
Biarpun Sarawak antara negeri yang mempunyai kadar vaksinasi populasi dewasa tertinggi, namun sejak beberapa hari lepas, ia mencatatkan lingkungan kes baharu sekitar angka 3,000 sehari.
Namun, data KKM menunjukkan 99 peratus kes baharu adalah tidak bergejala, atau mempunyai gejala yang ringan, dan hanya segelintir kes agak serius.
BACA: COVID-19: 99.87 peratus kes di Sarawak hari ini kategori satu dan dua
Khairy berkata, situasi yang berlaku di Sarawak, sekiranya tidak ditangani dengan betul, mempunyai kemungkinan untuk berlaku di negeri-negeri lain.
"Apa yang berlaku di Sarawak mungkin akan berlaku di negeri lain dalam masa beberapa bulan,” katanya.
“Jadi kita perlu melihat kaedah atau langkah yang bersesuaian untuk menghentikan kadar jangkitan yang tinggi, dan menggunakannya sebagai langkah untuk negeri-negeri lain di masa akan datang.
“Israel pada satu ketika telah mencatatkan sifar kes COVID-19, tetapi selepas lapan bulan, mereka mula menyaksikan peningkatan kes. Ini berkemungkinan akibat varian Delta, atau pembukaan ekonomi,” katanya lagi.
Khairy berkata, Sarawak sudah mengambil langkah proaktif dengan mula memberi vaksinasi kepada remaja lingkungan umur 12-17 tahun bermula Rabu.
Ini jelasnya lagi, akan meluaskan lagi kadar liputan vaksinasi untuk populasi di Sarawak. Tetapi pada masa sama, saringan dan pengasingan masih sangat penting untuk mengawal jangkitan di negeri tersebut,” katanya lagi.
Firdaus Azil, Nickyson Nyambar
Thu Sep 09 2021
Menurut Khairy, perbincangan akan diadakan dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bagi menentukan langkah seterusnya terutama setelah proses pemberian vaksin buat remaja di negeri itu selesai.- Gambar BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."
Menteri Kesihatan alami gejala renal colic
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dirujuk kepada jabatan kecemasan pada Rabu kerana disyaki mengalami gejala renal colic.
Tempoh menunggu rawatan kanser paling lewat sebulan, bergantung kesihatan pesakit
Tempoh menunggu bagi rawatan kanser di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) sekurang-kurangnya mengambil masa paling lewat sebulan.
ASIAN MEDTEC 2024 perkukuh reputasi Malaysia dalam teknologi, peranti perubatan
ASIAN MEDTEC 2024 bakal memperkukuh reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan pengeluaran dan aktiviti rantaian bekalan peranti perubatan.
Sidang Media Khas COVID-19 jam 4 petang ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan mengadakan Sidang Media Khas berhubung perkembangan COVID-19, jam 4 petang ini.
Rombakan Kabinet: Dr Dzulkefly tekad teruskan agenda reformasi kesihatan
Menurut Dr Dzulkefly, antara program tersebut termasuk transformasi digital kesihatan dan kewangan kesihatan.
Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.
PRN: Calon digalakkan jalani ujian saringan kesihatan
Faktor kesihatan merupakan salah satu kriteria penting supaya mengelakkan Pilihan Raya Kecil diadakan pada masa-masa akan datang.
COVID-19 bukan lagi 'kecemasan antarabangsa' - KKM
Perkara itu susulan daripada hasil mesyuarat Jawatankuasa Darurat Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa pada 4 Mei lalu di Geneva.
'Banyak keputusan sukar diambil ketika bersama Ismail Sabri' - KJ
Khairy berkata, berkhidmat di bawah Ismail Sabri dan memegang portfolio sebagai Menteri Kesihatan pada ketika itu merupakan satu episod yang tersendiri.