awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot dinaiki 10 individu karam di Kota Belud, dua guru maut

Bernama
Bernama
21/08/2016
15:49 MYT
Bot dinaiki 10 individu karam di Kota Belud, dua guru maut
Balai Bomba Kota Belud menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 3.45 petang dan lapan anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi kejadian kira-kira 25 minit kemudian. - Foto Twitter JBPM
Dua orang guru mati lemas dalam insiden bot karam yang dinaiki 10 individu ketika dalam perjalanan dari Kampung Rampayan Laut menuju Pulau Mantanani dekat sini petang tadi.
Jurucakap Balai Bomba Kota Belud berkata mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 3.35 petang itu ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mantanani, Limun Gamburud dan seorang lagi guru sekolah berkenaan Kamariah Hamdan.
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sementara lapan lagi sedang dirawat di Hospital Kota Belud," katanya kepada Bernama.
Balai Bomba Kota Belud menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 3.45 petang dan lapan anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi kejadian kira-kira 25 minit kemudian.
Operasi menyelamat tamat pada jam 7.25 malam.
Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Arshad, Mohd Mustazar Bundah yang merupakan saudara kepada Kamariah begitu terkejut dengan kejadian itu.
Beliau berkata saudaranya itu baharu sahaja ditukarkan ke sekolah berkenaan dari Sekolah Kebangsaan Nahaba.
"Kali terakhir saya berkesempatan bertanya mengenai suasana mengajar di sana (SK Mantanani). Menurut beliau setiap tempat dan sekolah ada cabaran dan dugaan kepada seorang guru," katanya.
Kamariah meninggalkan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Topic Berkaitan
#bot karam
#dua guru lemas
#Kampung Rampayan Laut
#Kota Belud
#Pulau Mantanani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan