awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam di perairan Langkawi: Angka korban meningkat kepada 29 orang

Sinar Harian
Sinar Harian
11/11/2025
22:50 MYT
Bot karam di perairan Langkawi: Angka korban meningkat kepada 29 orang
Mangsa dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut oleh pihak polis. - Foto Maritim Malaysia/Sinar Harian
LANGKAWI: Empat lagi mayat ditemukan petang semalam, menjadikan jumlah korban dalam tragedi bot karam yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan sempadan Malaysia–Thailand meningkat kepada 29 orang.

Ringkasan AI
  • Empat lagi mayat ditemui petang semalam, menaikkan jumlah korban tragedi bot karam di perairan Malaysia-Thailand kepada 29 orang.
  • Penyelamat berjaya selamatkan seorang lelaki dewasa, manakala 14 individu berjaya diselamatkan dalam operasi carilamat.
  • Operasi mencari dan menyelamat memasuki hari ketiga dengan 29 orang disahkan maut, termasuk sembilan mayat ditemui di perairan Thailand.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, penemuan terbaharu itu melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita, masing-masing ditemui di sekitar perairan Tanjung Belua dan Pulau Intan Kecil.
Menurut beliau, seorang mangsa lelaki dewasa turut berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira jam 12.49 tengah hari pada jarak 0.1 batu nautika dari Tanjung Belua.
“Mangsa dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut oleh pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan pada petang semalam.
Penemuan mayat pertama dimaklumkan oleh orang awam yang menemukan seorang wanita berhampiran Pulau Intan Kecil. Mayat tersebut dibawa oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke jeti untuk proses serahan.
Tidak lama kemudian, Jabatan Laut Malaysia (JLM) memaklumkan penemuan mayat lelaki di barat Tanjung Belua, diikuti penemuan kedua oleh Kapal Maritim (KM) SIANGIN, kira-kira 1.6 batu nautika dari lokasi sama.
Penemuan terakhir direkodkan pada jam 4.13 petang apabila bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) FCB 1331 menemui satu lagi mayat lelaki sekitar 1 batu nautika dari Tanjung Belua.
Setakat jam 5.30 petang, operasi mencari dan menyelamat (carilamat) yang memasuki hari ketiga menyaksikan 14 orang diselamatkan, iaitu 12 lelaki dan dua wanita.
Setakat ini, 29 orang disahkan maut, termasuk sembilan lagi mayat yang ditemukan oleh pihak berkuasa Thailand di perairan negara berkenaan.
Romli turut meminta orang awam yang menjumpai mangsa agar segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Malaysia Kedah dan Perlis di talian 04-966 2750 atau talian kecemasan 999. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bot karam
#Langkawi
#Maritim Malaysia
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan