awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam di Redang: Mayat tiga nelayan hilang ditemui

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
10/08/2022
11:29 MYT
Bot karam di Redang: Mayat tiga nelayan hilang ditemui
Mayat kesemua mangsa dibawa Jeti Maritim Kuala Terengganu sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Tiga nelayan yang hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang kelmarin, ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas, hari ini.
Kesemua mangsa dikenali sebagai Saludin Ismail,50; Mohd Nazri Abu Bakar,48; dan Zulkifli Umar, 47.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, berkata mayat mangsa ditemui terapung pada kedudukan 1.7 hingga 1.9 batu nautika dari Pulau Redang antara jam 11 pagi hingga 1.30 tengah hari tadi.
"Mayat mangsa dikesan terapung oleh nelayan tempatan sebelum diserahkan kepada pasukan pencarian.
"Mayat kesemua mangsa dibawa Jeti Maritim Kuala Terengganu sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa akan diteruskan," katanya di sini, hari ini.
BACA: Bot karam di perairan Redang, 5 nelayan termasuk tekong dikhuatiri lemas
BACA: Identiti nelayan hilang di perairan Redang dikenal pasti
Sebelum ini, media melaporkan lima nelayan tempatan termasuk tekong dikhuatiri hilang manakala seorang terselamat selepas bot yang dinaiki mereka karam kira-kira jam 10 malam Isnin.
Bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran TFA 124 dikatakan telah keluar dari Jeti Pasir Puteh, Kelantan.
Topic Berkaitan
#bot karam di redang
#Nelayan lemas
#Pulau Redang
#bot karam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan