awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam: Mangsa ke Pulau Menampilik untuk beli ikan - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
15/07/2023
04:29 MYT
Bot karam: Mangsa ke Pulau Menampilik untuk beli ikan - Polis
Operasi SAR seorang lagi kanak-kanak dimulakan di perairan Pulau Sipanggu hingga Pulau Karindingin, Semporna. - Sinar Harian
SEMPORNA: Empat mangsa bot karam di perairan Semporna pada Jumaat sebenarnya dalam perjalanan ke Pulau Menampilik untuk membeli ikan sebelum dijual semula di pekan.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan awal mendapati bot itu dilihat dalam keadaan terumbang-ambing sebelum karam dipukul ombak yang kuat.
"Terdapat empat mangsa dan mereka ke Pulau Menampilik untuk membeli ikan yang ingin dijual di pekan, namun akibat kejadian itu, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun telah meninggal dunia.
"Seorang lagi kanak-kanak berusia tujuh tahun memakai t-shirt berwarna jingga dan berseluar pendek merah gelap hilang dalam kejadian itu.
"Dua lelaki yang selamat berusia 25 dan 28 tahun dikenal pasti sebagai bapa kepada dua kanak-kanak berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.


 Bot yang dinaiki empat mangsa ditemui dan telah dibawa ke Pangkalan PPM Semporna. - Sinar Harian
Bot yang dinaiki empat mangsa ditemui dan telah dibawa ke Pangkalan PPM Semporna. - Sinar Harian
Mohd Farhan Lee berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa telah diaktifkan bersama Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Taman-Taman Sabah (TTS).
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Air Semporna Noorjali Maslah ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan, operasi SAR mangsa yang masih hilang dimulakan seawal jam 7 pagi Sabtu.
"Operasi SAR bersambung hari ini dan lokasi pencarian di sektor bebas sekitar Pulau Sipanggu hingga Pulau Karindingin," katanya.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Padli Ampit, 7, hilang dalam kejadian itu manakala Nasirin Katibin, 7, disahkan meninggal dunia.
Terdapat dua mangsa lelaki terselamat iaitu bapa kepada kedua-dua mangsa, Ampit Gopek, 25 dan Katibin Husni, 28. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bot karam
#Semporna
#Pulau Menampilik
#beli ikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan