awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam, Maritim selamatkan sembilan kru Indonesia

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
06/12/2021
06:08 MYT
Bot karam, Maritim selamatkan sembilan kru Indonesia
Kesemua kru yang berumur antara 19 hingga 48 tahun telah diselamatkan dan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili. - APMM
KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor berjaya menyelamatkan sebuah bot barter trade kendalian sembilan kru warga Indonesia daripada karam di perairan Tanjung Pungai, Kota Tinggi, Johor pada 11 pagi Ahad.
Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat mengenai insiden sebuah bot asing yang dimasuki air susulan mengalami cuaca buruk di kawasan berkenaan.
Jelasnya, bot ronda Perkasa 30 milik Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan daripada Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS).
“Sebelum kejadian, bot barter trade itu sedang dalam pelayaran membawa muatan bekalan menuju ke Pulau Natuna dari Singapura.
“Kesemua kru yang berumur antara 19 hingga 48 tahun telah diselamatkan dan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili bagi urusan penyerahan kepada Konsulat Indonesia di Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
Maritim Malaysia turut menasihatkan kepada komuniti maritim agar sentiasa berhati-hati dan memakai jaket keselamatan sewaktu berhadapan cuaca buruk di laut.
Topic Berkaitan
#nelayan Indonesia
#bot karam
#APMM
#tanjung pungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan