Bot Karam: Operasi mencari disambung Ahad

Astro Awani
Julai 18, 2015 14:14 MYT
Operasi pada Sabtu terpaksa dihentikan pada jam 5 petang tadi akibat ombak tinggi dan angin kencang. - Gambar Fail
Pasukan bomba dan beberapa agensi penyelamat lain kini sedang berusaha mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang, N. Ravi Shanker, 25 tahun, susulan insiden bot karam di Tanjong Karang yang meragut enam nyawa.
Bagaimanapun, operasi pada Sabtu terpaksa dihentikan pada jam 5 petang tadi dan akan disambung pagi esok akibat ombak setinggi dua meter dan angin kencang.
Dalam kejadian pada Khamis lalu, bot yang dinaiki 14 orang yang terdiri daripada sembilan anggota keluarga dan lima pekerja bot berlepas dari jeti nelayan Sungai Kajang pada pukul 3 petang bagi melakukan upacara keagamaan Hindu.
BACA: Bot karam, satu lagi mayat ditemui
Dua jam kemudian ia dilapor karam ketika dalam perjalanan pulang.
Tujuh orang berjaya diselamatkan nelayan tempatan.
#Hindu #N. Ravi Shanker #Sungai Kajang #Tanjung Karang