PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B yang menggaji kru warga asing tanpa kebenaran di perairan Tanjung Karang sekitar 11.30 pagi, pada Sabtu.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, bot berkenaan cuba lari ketika pemeriksaan namun gagal dan berjaya ditahan pada jarak 9.3 batu nautika dari Tanjung Karang.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan tiga kru warga asing berumur antara 14 hingga 41 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.
"Dua daripadanya warga Thailand dan seorang lagi warga Myanmar. Bot bersama hasil tangkapan ikan seberat 100 kilogram ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah bagi siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggaji pekerja asing serta tiada dokumen sah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohammad Rosli berkata, Maritim Malaysia memandang serius terhadap operasi penguatkuasaan di laut dan akan mengambil tindakan tegas kepada setiap penjenayah yang melakukan aktiviti jenayah di sepanjang Zon Maritim Malaysia.
"Jika terdapat aduan dan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, sila hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 yang beroperasi 24 jam atau talian kecemasan MERS 999 agar tindakan segera dapat diambil," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 16 2022
Bot kelas B yang ditahan selepas menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran di perairan Tanjung Karang pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Kapal tangki ditahan bersauh tanpa kebenaran
Kapal tersebut ditahan pada jam 2.10 petang oleh kapal ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rutin 'Op Ehsan' di perairan Selangor.
APMM aktif carilamat lelaki hanyut bot kehabisan minyak
Usaha pencarian terlebih dahulu dilakukan oleh rakan mangsa, namun bot yang berwarna putih hijau itu tidak ditemukan hingga kini.
Bot nelayan tempatan ditahan gaji warga asing
Pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan tiga kru warga asing berumur antara 14 hingga 41 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.
Berlabuh tanpa kebenaran, kapal kargo ditahan
Kapal tersebut dikesan sedang berlabuh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia di kedudukan lebih kurang 22 batu nautika barat daya Sekinchan.
Seorang daripada empat mangsa dua bot nelayan karam ditemukan
Seorang daripada empat mangsa dua bot nelayan yang karam pada Khamis lepas di perairan Selangor ditemukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada kira-kira 11.40 pagi Sabtu.
APMM lancar operasi SAR kru kapal kargo warga China di Perairan Selangor
Mangsa Yang Kai Kai, 29, disedari hilang kira-kira pukul 8.30 malam ketika kapal berkenaan dalam perjalanan melalui Selat Melaka dari Hong Kong ke Brazil.
Empat nelayan hilang di Pelabuhan Klang ditemui selamat
Mangsa telah keluar ke laut sejak Ahad lepas namun bot mereka hanyut ke Pulau Ketam hingga ke Permatang Sedepa sebelum ditemui oleh bot nelayan lain dan ditunda ke jeti Pulau Ketam.