awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot tunda dari Singapura ditahan, gagal pamer insurans, tiada kebenaran bersauh

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
05/11/2021
04:58 MYT
Bot tunda dari Singapura ditahan, gagal pamer insurans, tiada kebenaran bersauh
Bot tunda itu dikendalikan enam kru warga Indonesia berumur di antara 20 dan 50 tahun yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. - Foto Maritim Malaysia
KOTA TINGGI: Sebuah bot tunda dari Singapura ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor kerana gagal mempamerkan insurans dan dokumen kebenaran bersauh di perairan Johor Timur, di sini, pagi semalam.
Pengarah Maritim Negeri Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bot tunda itu ditahan dalam satu operasi di kedudukan 5.5 batu nautika timur Tanjung Penawar pada jam 8.45 pagi.
Katanya, bot tunda itu dikendalikan enam kru warga Indonesia berumur di antara 20 dan 50 tahun yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
"Pemeriksaan lanjut terhadap dokumen bot mendapati, nakhoda telah gagal mempamerkan insurans dan gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh.
"Nakhoda serta ketua jurutera bot telah dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 untuk kesalahan bersauh tanpa kebenaran dan Seksyen 361(6) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 untuk kesalahan gagal mempamerkan dokumen berkaitan polisi insurans maritim," katanya.
Topic Berkaitan
#bot tunda
#Singapura
#tiada kebenaran bersauh
#gagal pamer insurans
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan