awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brain drain: Polisi lemah, gaji rendah, rasuah punca pekerja kemahiran tinggi keluar negara

Faida Rahim
Faida Rahim
29/12/2022
06:23 MYT
Brain drain: Polisi lemah, gaji rendah, rasuah punca pekerja kemahiran tinggi keluar negara
Kualiti hidup juga lemah, kos hidup terus meningkat tetapi tangga gaji kekal di situ. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Fenomena penghijrahan individu berkemahiran tinggi atau brain drain di Malaysia bukan isu baharu malah negara kehilangan 500,000 pakar yang mahir dalam bidang tertentu sejak 40 tahun lalu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Reseach, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff memaklumkan kekosongan jawatan pekerjaan berkemahiran dan pengetahuan tinggi sukar diisi atas beberapa faktor.
“Ini lapan faktor kenapa antaranya berlaku urus tadbir polisi lemah dan tiada kesinambungan. Contohnya, kumpulan dengan individu gaji pertengahan yang kekal tersangkut di tengah dan tidak bergerak.
"Seterusnya pembangunan industri lemah memandangkan negara terlalu fokus kepada industri low technology dan bukan high technology. Kualiti kehidupan juga lemah sebab itu kita nampak kos hidup terus meningkat tetapi tangga gaji kekal di situ.
“Daripada 82 peratus pelaburan langsung asing (FDI) yang masuk ke ASEAN, Malaysia hanya menerima lapan peratus. Lebih memeranjatkan, Malaysia berada di belakang Singapura, Indonesia dan Vietnam. Peluang pekerjaan yang kurang, kita juga nampak jumlah kadar pengangguran agak besar, dianggarkan dalam 1.2 juta underemployment.
Faktor terakhir adalah isu rasuah, kata Rais Hussin.
"Lapan perkara ini merupakan faktor yang membawa kepada negara hilang daya pakar keluar negara," ujarnya.
Tambah beliau, fenomena brain drain ini juga berkemungkinan akan meningkat dengan lebih ketara dalam tenaga kerja pakar akan datang terutamanya generasi Z di masa akan datang.
Pantau Kerajaan Baharu | Sampai bila 'hujan emas' di negeri orang?
"Diharapkan agar pentadbiran baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melihat isu ini secara serius dan mencari penyelesaian bagaimana Malaysia tidak lagi kehilangan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
“Masalah besar apabila kita eksport pakar dan bijak pandai ke luar negara tapi bila kita import, kita bawa masuk low-wage labour kemasukan pekerja dari low-economic value membuatkan kita ada jurang begitu besar yang tidak dapat diisi. Kita tidak boleh berterusan dalam keadaan begini, perubahan diperlukan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#brain drain
#tenaga kerja kemahiran tinggi
#Rais Hussin Mohamed Ariff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan