Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 November 2025.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa siasatan terhadap beberapa dakwaan rasuah bagi mendapatkan lesen penerokaan mineral tidak pernah ditutup, namun prosesnya akan mengambil masa.
Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa hari ini menerbitkan dokumen yang mendedahkan pegawai pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia dikenal pasti sebagai pihak yang mengubah dan memalsukan dokumen kelahiran tujuh pemain warisan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan seorang lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, berhampiran Pintasan Saloma petang semalam.
Persatuan Bolasepak Malaysia mengesahkan telah menerima dokumen alasan penuh keputusan Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa yang mengekalkan penolakan rayuan berhubung status kelayakan tujuh pemain warisan Malaysia.
Seorang wanita nyaris maut selepas kenderaannya dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam kejadian di Jalan MRR2, petang Selasa.
Pengetua sebuah sekolah agama di Papar yang menjadi saksi dalam inkues kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menasihatkan ibu pelajar tersebut supaya tidak membuat laporan polis ketika berada di hospital.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan telah menegur tindakan setiausaha politiknya berhubung pemberian surat sokongan kontraktor terhadap projek hospital tahun lalu.
Risiko hutang luar negara secara keseluruhan kekal terkawal, disokong oleh profil tempoh matang dan profil mata wang yang baik, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan beliau menjalani pemeriksaan kesihatan penyakit kanser pankreas yang dialami serta meluangkan masa bersama keluarga di United Kingdom (UK).
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia mengumumkan perjalanan keriernya bagi musim 2025 telah berakhir dengan tumpuan kini diberikan kepada proses pemulihan dan persediaan bagi menghadapi kejohanan pada tahun depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


