awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BRICS: Pemimpin Selatan Global sepakat tolak pendekatan unilateralisme

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/07/2025
00:40 MYT
BRICS: Pemimpin Selatan Global sepakat tolak pendekatan unilateralisme
Perdana Menteri Anwar (dua dari kiri) menjawab soalan wartawan pada sidang media di akhir lawatan kerja beliau ke Brazil, pada Isnin. - Gambar PMO/ Afiq Hambali
RIO DE JANEIRO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia menyokong penuh semangat kerjasama multilateral yang diketengahkan dalam Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 yang berlangsung di sini, sambil menolak pendekatan unilateral dalam menangani isu-isu global.
Beliau berkata, majoriti negara yang hadir menyuarakan komitmen terhadap kerjasama pelbagai hala, dengan pendekatan yang sopan dan tidak menyerang mana-mana negara secara langsung, namun semangat untuk memperkukuh kerjasama global amat jelas.
“Setakat yang saya dengar, tanpa kecuali semua mendukung semangat kerjasama multilateral, menolak unilateral. Walaupun mereka lebih sopan dan tidak menyerang mana-mana negara, semangat itu jelas,” katanya pada sidang media mengakhiri lawatan kerja ke negara itu, pada Isnin.
Dalam masa sama, Anwar turut mengimbau sejarah perjuangan negara-negara Selatan melalui Persidangan Afro-Asian Bandung 1955 yang diasaskan oleh Presiden Indonesia, Soekarno dan beberapa pemimpin lain seperti Jawaharlal Nehru dari India, Zhou Enlai dari China dan Josip Broz Tito dari Yugoslavia sebagai usaha awal membentuk solidariti pasca-penjajahan.
Beliau berkata, walaupun Gerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pernah memainkan peranan penting dalam menjaga kepentingan negara Selatan, kekangan dari segi keupayaan ekonomi dan teknologi telah membataskan impaknya.
“BRICS kini tampil sebagai platform yang lebih berdaya saing dengan jaringan ekonomi yang luas dan kekuatan yang nyata. Beberapa program termasuk cadangan penubuhan bank digital serta kerjasama ekonomi antara negara BRICS turut dibincangkan,” katanya.
Sidang kemuncak BRICS tahun ini menghimpunkan pemimpin dari Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan serta negara-negara rakan seperti Malaysia, dalam usaha memperkukuh kerjasama ekonomi, teknologi dan pembangunan mampan.
Topic Berkaitan
#BRICS
#kerjasama multilateral
#jaringan ekonomi
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan