awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buang al-Quran: Dua lagi individu dirakam keterangan

Bernama
Bernama
03/03/2023
07:14 MYT
Buang al-Quran: Dua lagi individu dirakam keterangan
Azmi berkata dua individu itu termasuk wakil syarikat percetakan dan syarikat yang membuat tempahan bagi naskhah al-Quran berkenaan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis telah selesai mengambil keterangan dua lagi individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan 13 naskhah al-Quran dipercayai sengaja dibuang individu tidak bertanggungjawab ke dalam longkang di Tasik Sri Murni, Jinjang, di sini, pada 18 Feb lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata dua individu itu termasuk wakil syarikat percetakan dan syarikat yang membuat tempahan bagi naskhah al-Quran berkenaan.
Beliau berkata siasatan kes itu masih diteruskan.
"Polis telah ke Kelantan baru-baru ini dan telah mengenal pasti syarikat yang mencetak al-Quran tersebut serta syarikat yang membuat tempahan ke atas al-Quran terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sebelum ini, polis telah mengambil keterangan lapan individu termasuk mereka yang ada dalam video tular berhubung kejadian tersebut bagi membantu siasatan.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan al-Quran dengan tujuan mengaibkan agama dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat keharmonian ke atas agama.
Sebelum ini, seorang wanita tempatan yang juga Ahli Kesatuan Nelayan Kebangsaan membuat laporan polis yang memaklumkan beliau menemukan beberapa naskhah kitab suci itu di dalam longkang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Quran
#Azmi Abu Kassim
#Tasik Sri Murni
#buang dalam longkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan