awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buang sampah di tempat awam bakal berdepan hukuman khidmat masyarakat

Bernama
Bernama
18/12/2025
12:40 MYT
Buang sampah di tempat awam bakal berdepan hukuman khidmat masyarakat
Tindakan itu bukan bersifat menghukum, sebaliknya untuk mendidik masyarakat dalam aspek pemeliharaan kebersihan dan mengubah sikap. -Astro AWANI
ALOR SETAR: Orang ramai yang didapati bersalah membuang sampah di tempat awam berdepan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat hingga 12 jam dan denda hingga RM2,000 apabila Akta 672 Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 berkuat kuasa 1 Jan 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Khalid Mohamed berkata menerusi undang-undang itu tiada pihak dikecualikan termasuk pelancong asing.
Beliau berkata tindakan itu bukan bersifat menghukum, sebaliknya untuk mendidik masyarakat dalam aspek pemeliharaan kebersihan dan mengubah sikap supaya tidak membuang sampah sewenang-wenangnya.
"Kami ada anggota yang akan pantau dan berada di kawasan-kawasan awam sama ada dalam bentuk penyamaran. Tolonglah jaga dan buang sampah dalam tong disediakan dan jangan buang merata-rata. Tidak terkecuali pelancong asing dan kanak-kanak, kerana kita mahu tindakan ini dalam bentuk komprehensif," katanya.
Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Jelajah Kedah Bersih 2025-2030, di sini hari ini.
Beliau berkata antara hukuman khidmat masyarakat itu, mengutip sampah, cuci tandas serta longkang dan pesalah perlu memakai vest tertera khidmat masyarakat.
Mengenai Jelajah Kedah Bersih 2025, Khalid berkata SWCorp akan terus meningkatkan fungsinya untuk mencapai sasaran Kedah negeri bersih, sihat dan lestari menjelang 2030.
Beliau berkata SWCorp akan terus meningkatkan sistem pengurusan sisa dengan penglibatan komuniti dan pemantapan komunikasi awam.
"Program berimpak tinggi itu bertujuan memperkukuh budaya kebersihan, meningkatkan pematuhan undang-undang sisa dan menyemai amalan kitar semula dalam kalangan rakyat supaya menjadi norma kehidupan, sekali gus mampu menjadikan Malaysia sebuah negara bersih, indah serta sejahtera," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buang sampah
#Hukuman
#khidmat masyarakat
#pendidikan
#SWCorp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan