awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buat aduan jika premis perniagaan, kilang ingkar arahan sekatan penuh pergerakan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/06/2021
10:58 MYT
Buat aduan jika premis perniagaan, kilang ingkar arahan sekatan penuh pergerakan
Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah susulan tindakan yang diambil beberapa kementerian sehingga 1 Jun Ialu ke atas kilang atau premis perniagaan yang ingkar arahan kerajaan sepanjang total lockdown. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan mewujudkan talian hotline bagi membolehkan orang ramai membuat aduan jika ada mana-mana premis perniagaan atau kilang yang melanggar arahan sekatan pergerakan penuh.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk bagi kesalahan beroperasi lebih waktu, beroperasi dengan lebih 60 peratus pekerja dan juga beroperasi walaupun telah diarahkan tutup.
“Aduan itu akan disalurkan terus kepada Malaysian Government Call Centre (MyGCC) menerusi talian 03-80008000, [email protected] atau emel ke aduan.pematuhan.mkn.gov.my,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Menurut Ismail Sabri, ia adalah susulan tindakan yang diambil beberapa kementerian sehingga 1 Jun Ialu ke atas kilang atau premis perniagaan yang ingkar arahan kerajaan sepanjang total lockdown.
“Banyak isu yang berkaitan dengan industri, premis perniagaan yang tiada dalam senarai perkhidmatan perlu telah beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
“Kerajaan sentiasa memandang serius mengenai isu-isu pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sebagainya.
“Saya baru sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat Strategi Pematuhan SOP COVID-19 hari ini bagi memastikan tindakan agensi penguatkuasaan dan pematuhan dalam kalangan pemilik premis perniagaan dan sektor perkilangan,” jelasnya.
Beliau menjelaskan, Task Force Operasi Pematuhan ini akan memfokuskan kepada pematuhan dan perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Topic Berkaitan
#total lockdown
#PKP
#ismail sabri yaakob
#SOP
#Premis perniagaan
#kilang
#ingkar arahan
#talian hotline
#aduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan