KUALA LUMPUR: Keterujaan orang ramai untuk pulang ke kampung dan bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, tidak sepatutnya membuatkan mereka alpa tentang kepentingan memastikan tahap kesihatan mereka, ketika negara masih berhadapan pandemik COVID-19.
Malah Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologi Datuk Dr Zainal Ariffin Omar mengingatkan orang ramai supaya bersikap jujur, dengan melakukan ujian kendiri sekiranya mengalami gejala COVID-19 sebelum memulakan sebarang perjalanan.
Beliau juga menyarankan agar mereka yang tidak bergejala turut juga berbuat demikian, mengambil kira situasi COVID-19 yang masih menular termasuk gelombang varian Omicron.
"Sekarang ini walaupun kes COVID-19 meningkat tetapi kebanyakannya dalam kategori satu dan dua... apa pun yang penting sebelum balik kampung atau hendak bercuti ke mana-mana, pastikan anda lengkapkan vaksinasi termasuk dos penggalak, pemakaian pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal.
"Selain itu, ujian kendiri juga boleh dilakukan sebelum bergerak ke sesuatu destinasi dan selepas pulang dari tempat berkenaan, terutamanya kawasan berisiko tinggi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Tambahnya adalah lebih baik sekiranya mereka yang bergejala dapat duduk di rumah dan tidak ke mana-mana bagi mengurangkan risiko.
Berkongsi pandangan sama, pakar kesihatan awam (epidemiologi dan biostatistik) dari Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Malina Osman berkata mereka yang akan menerima tetamu juga wajar melakukan ujian kendiri.
"Mereka yang ingin ziarah mak ayah disarankan juga untuk memastikan ibu bapa mereka telah mengambil dos penggalak... ambil juga peluang pembukaan pusat pemberian vaksin secara jumpa terus untuk mendapatkan dos penggalak.
"Selain itu, elakkan aktiviti berkumpul dalam jumlah yang sangat ramai, kerana kita perlu akui kes baharu dalam pola meningkat ketika ini dan ini bukan sahaja dialami negara kita bahkan negara lain," katanya.
Katanya orang ramai masih perlu berhati-hati dan langkah pencegahan awal adalah lebih baik, bagi mengelakkan ledakan kes baharu COVID-19.
PAKAR-PERAYAAN (SOP) 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Kes baharu COVID-19 dalam negara terus meningkat untuk empat hari berturut-turut dengan 5,522 kes dilaporkan hari ini.
Rabu lepas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata gelombang penularan varian Omicron sudah bermula di negara ini dan dijangka menyebabkan jumlah kes COVID-19 meningkat.
Beliau bagaimanapun berkata, ketika ini gelombang jangkitan virus itu terkawal kerana kadar vaksinasi di negara ini adalah tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022

Orang ramai diingatkan supaya bersikap jujur, dengan melakukan ujian kendiri sekiranya mengalami gejala COVID-19 sebelum memulakan sebarang perjalanan. - Gambar fail/BERNAMA

Hamas puji pendirian negara-negara Eropah
Hamas memuji beberapa negara Eropah yang menuntut genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dihentikan.

Nahas FRU: Enam mangsa masih dirawat, seorang dibenar keluar hospital semalam
Lima daripada anggota itu dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) dan seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Amerika Syarikat timbang program realiti tv berkait kewarganegaraan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S sedang menilai cadangan rancangan realiti TV yang menampilkan pendatang bersaing untuk meraih kewarganegaraan Amerika melalui pelbagai cabaran.

1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Program menghimpunkan lebih 1,500 penyertaan kanak-kanak, bukan sahaja dari negeri Melaka, malah mendapat sambutan luar biasa dari keluarga yang datang dari luar.
Dua warga Singapura ditemui mati di rumah inap
Dua warga Singapura ditemui meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah inap di Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, Cheras, pada Jumaat.
[TERKINI] 71 sekolah dibenar laksana PDPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan diberikan kebenaran melaksanakan PDPR sempena sidang kemuncak ASEAN ke-26.

PBB rancang sambung semula penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza
PBB kini mempunyai 160,000 palet bantuan yang sedia dihantar jika diberi kebenaran.

Wartawan Sepanyol kongsi Fabio Gonzalez sertai JDT
Pemain tengah CD Tenerife, Fabio Gonzalez, difahamkan telah menyertai kelab gergasi tanah air, Johor Darul Tazim (JDT).
AWANI Ringkas: Musim Haji |Kebajikan Guru KAFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sebanyak 11,272 kes di Malaysia dari ME1 sehingga Sabtu lepas
KKM mengesahkan situasi COVID-19 di Malaysia kekal terkawal dengan 11,727 kes direkodkan setakat ME19/2025, sambil meneruskan pemantauan aktif dan langkah pencegahan berterusan.

Aidiladha: Orang ramai dinasihat lakukan ujian kendiri COVID-19 sebelum balik kampung
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Ahad ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai agar melakukan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri sebelum pulang ke kampung halaman.

Buat ujian kendiri COVID-19 sebelum, selepas balik bercuti - Pakar
Keterujaan orang ramai untuk pulang ke kampung dan bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, tidak sepatutnya membuatkan mereka alpa tentang kepentingan memastikan tahap kesihatan mereka, ketika

PRN Melaka: Lengkap vaksin, buat ujian kendiri COVID-19 sebelum pulang mengundi
Walaupun seseorang individu itu mungkin berhak untuk tidak mengambil vaksin, tetapi risiko kepada ahli keluarga lain harus diambil kira.

Nanta nafi pelaksanaan harga maksimum kit ujian kendiri dibuat tergesa-gesa
Pelaksanaan harga maksimum RM19.90 untuk kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) berkuat kuasa Ahad ini dibuat secara terancang dalam tempoh masa yang munasabah.

Bimbing orang awam kaedah betul guna kit ujian kendiri COVID-19
Walaupun manual dalam kit ujian kendiri mudah difahami, orang awam masih perlu mendapatkan pandangan daripada pakar mengenai teknik yang betul.

Kit ujian antigen COVID-19 buatan Malaysia yang pertama mula dijual pada 19 Julai
Kit ujian kendiri pantas antigen COVID-19 buatan Malaysia yang pertama, 'Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID-19', akan mula dijual kepada orang awam pada 19 Julai ini

Thailand lulus kit ujian antigen COVID-19 dijual kepada orang awam
Rakyat Thailand boleh melakukan ujian COVID-19 di rumah mereka mulai minggu depan apabila kit ujian antigen COVID-19 akan mula dijual di hospital dan klinik yang sah.