awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buaya 4.5 meter 'serah diri' pada pagi Aidiladha di Saratok

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
01/09/2017
12:55 MYT
Buaya 4.5 meter 'serah diri' pada pagi Aidiladha di Saratok
Keadaan buaya yang berjaya diikat dan dipasung penduduk setempat pada pagi Aidiladha. - Astro AWANI
Bukan kambing, jauh sekali lembu.
Penduduk Kampung Kaba di sini menyambut Aidiladha hari ini dengan 'korban istimewa' iaitu seekor buaya.
Buaya betina sepanjang 4.5 meter dengan lebar perut 1.62 meter ditangkap setelah 'menyerah diri' kepada jerat yang dipasang penduduk.
"Sebelum ini, kehadirannya beberapa kali disedari penduduk, apabila merangkak di dalam parit berhampiran, hingga ke kawasan kediaman bagi memburu ternakan ayam dan kambing.
Seorang penduduk, Loboi Kim, 50, memberitahu, oleh kerana penduduk kampung bimbang akan 'keberanian' reptilia itu memasuki kejiranan mereka, maka mula memasang jerat termasuk jenis pancing.
"Namun usaha itu gagal dan sebanyak dua kali pancing dan jerat yang dipasang putus dan buaya tersebut berjaya lolos.
Bagaimanapun, sekitar jam 6 pagi tadi, penduduk gempar apabila akhirnya sang bedal tewas setelah tersangkut dan terperangkap pada jerat yang dipasang.
"Penduduk yang menyedari kehadiran buaya tersebut, segera menguruskan tangkapan tersebut dengan melakukan pasungan dan mengikatnya.
"Malah, kelompok penduduk dewasa yang sedang siap sedia untuk melaksanakan ibadah sembelihan korban terpaksa meluangkan masa lebih dua jam untuk mengikat buaya itu kerana ia meronta hendak melepaskan diri.
Reptilia tersebut kini diikat pada mulut dan ditutup matanya sebelum dipasung di dalam parit kecil di kampung berkenaan.
"Ini bagi membolehkan pihak berkuasa memutuskan tindakan selanjutnya berhubung dengan 'hasil tangkapan' ini," katanya.
Topic Berkaitan
#buaya
#jerat
#pasung
#Penduduk
#Saratok
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan