awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buaya betina 2.27 meter termakan umpan, berjaya ditangkap di Sungai Undey

Bernama
Bernama
19/03/2017
09:51 MYT
Buaya betina 2.27 meter termakan umpan, berjaya ditangkap di Sungai Undey
Swift Wildlife Action Team (SWAT) Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berjaya menangkap seekor buaya berukuran 2.27 meter dalam operasi penakaian dan pemindahan buaya di Sungai Undey, Pusa. - Foto Bernama
Swift Wildlife Action Team (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berjaya menangkap seekor buaya berukuran 2.27 meter dalam operasi penakaian dan pemindahan buaya di Sungai Undey, Pusa, kira-kira 300 kilometer dari sini.
SFC dalam kenyataan berkata buaya betina itu ditangkap pada Jumaat lalu selepas lapan hari operasi dilakukan ekoran serangan buaya yang telah mengorbankan Besimilah Rajali, 36, ketika dia sedang mengikat batang rumbia di sungai tersebut pada 9 Mac.
"Operasi penakaian dan pemindahan buaya dilaksanakan oleh unit SWAT dari ibu pejabat SFC dan Pejabat Wilayah Sibu. Tujuh cangkuk berserta umpan telah dipasang dalam lingkungan tiga kilometer di sepanjang Sungai Undey menuju ke muara sungai tersebut.
"Buaya betina yang ditakai berjaya ditangkap kira-kira 100 meter daripada lokasi serangan," kata kenyataan itu.
SFC berkata unit SWAT akan meneruskan pemerhatian di kawasan tersebut dan buaya yang dikira boleh mendatangkan bahaya akan ditakai dan dipindahkan keluar daripada sungai. -- Bernama
Topic Berkaitan
#baham
#buaya
#Kuching
#Sarawak
#Sungai Udey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan