awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati

Bernama
Bernama
02/02/2025
07:30 MYT
Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati
Perhilitan menerima aduan awam berkenaan seekor buaya yang kelihatan di kawasan Monkey Bay, Pantai Cermin pada kira-kira 4.30 petang semalam. - Gambar hiasan
PORT DICKSON: Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin di sini berikutan terdapat penampakan buaya di sekitar kawasan itu sejak semalam.
Pengarahnya Faizal Izham Pikri berkata pihak Perhilitan menerima aduan awam berkenaan seekor buaya yang kelihatan di kawasan Monkey Bay, Pantai Cermin pada kira-kira 4.30 petang semalam.
"Sebaik sahaja aduan diterima, beberapa petugas jabatan ke lokasi dan siasatan awal mendapati memang ada seekor buaya terapung di laut dengan panjang anggaran dua meter.
"Hasil siasatan awal mendapati buaya ini bergerak sejauh 50 meter dan sentiasa ulang-alik di kawasan tersebut sejak malam sebelumnya, jika air surut ia nampak lebih jelas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Faizal Izham berkata pemantauan berterusan akan dilakukan di kawasan aduan bagi mengurangkan kebimbangan orang awam.
"Insya-Allah jika tiada masalah, kita akan cuba pasang perangkap di kawasan bakau dan tengok pada kesesuaian kerana pada waktu malam haiwan ini akan bergerak ke kawasan tersebut," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar menjaga keselamatan diri dan keluarga, selain tidak melakukan provokasi sekiranya ternampak buaya tersebut serta segera melaporkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan atau pihak berkuasa lain.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Port Dickson
#Pantai Cermin
#buaya
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan