awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Buaya kalung ban' akhirnya bebas

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2022
14:08 MYT
'Buaya kalung ban' akhirnya bebas
Buaya ini pernah tular sehingga menjadi buah mulut orang ramai yang menunjukkan buaya itu seakan-akan sukar bernafas kerana sebuah tayar motosikal tersangkut di lehernya. - Foto YouTube/Caters Clips
KUALA LUMPUR : Kesengsaraan seekor buaya yang terkenal dengan jerutan tayar di leher di Indonesia berakhir apabilia reptilia itu akhirnya bebas daripada kalungan tayar berkenaan.
Selepas enam tahun, jerutan pada buaya itu akhirnya berjaya dibuka oleh seorang aktivis haiwan bernama Tili di Pulau Sulawesi pada petang Selasa
Menurut Tili, dia berjaya menjerat buaya berkenaan menggunakan perangkap tali serta berumpankan ayam dan itik hidup.
"Selepas tiga minggu menanti dan beberapa kali gagal dalam percubaan, buaya itu akhirnya berjaya memasuki jerat pada Isnin," katanya lapor Agensi.
Buaya betina sepanjang 5.2 meter itu sebelum ini popular terutama dalam kalangan penduduk di bandar Palu, Sulawesi akibat jerutan tayar di leher, sehinggakan ada yang mencabar untuk memberi ganjaran lumayan kepada sesiapa yang berani untuk membukanya.
Orang ramai dalam masa turut bimbang tayar itu akan menjerut buaya berkenaan apabila ianya semakin membesar.
Reptilia itu yang digelar dengan bahasa tempatan sebagai 'buaya kalung ban' kemudian dilepaskan semula ke dalam sungai.
BACA: Berani cabut tayar dari leher buaya? Indonesia akan beri anda ganjaran ...
Topic Berkaitan
#reptilia
#haiwan liar
#buaya
#palu sulawesi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan