awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bubar Parlimen: Kesantunan Melayu kekal jadi asas dalam mohon perkenan Agong - Wan Junaidi

Israr Khalid
Israr Khalid
05/10/2022
22:00 MYT
Bubar Parlimen: Kesantunan Melayu kekal jadi asas dalam mohon perkenan Agong - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, meminta Perdana Menteri menghantar 'wahyu daripada Kabinet' kepada Agong adalah sangat tidak manis perlakuannya. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kehalusan budi dan santun Melayu harus kekal menjadi pegangan dalam langkah memohon perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
Tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, demikian amalan yang dilaksanakan sejak bermulanya perjalanan negara ini selepas membentuk pentadbiran sendiri 65 tahun yang lalu.
Maklum beliau dalam program Agenda AWANI pada Rabu, tidak pernah dibuat sebelum ini di mana Perdana Menteri mendapat pandangan jemaah menteri untuk dipersembahkan kepada Agong dan menasihati baginda untuk membubarkan Parlimen.
“Dari pilihan raya umum pertama hinggalah yang ke-14, tanyalah dengan mana-mana Perdana Menteri, tak ada pun mereka berbincang dengan jemaah menteri terlebih dahulu.
“Jadi dalam konteks cara Perdana Menteri menyampaikan kehendaknya kepada Duli Tuanku, sikap kemelayuan kita, sikap kesantunan Melayu itu masih kita kekalkan.”
Kata Wan Junaidi, memang Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa kuasa membubarkan Parlimen berada di tangan Agong atas nasihat jemaah menteri.
Namun beliau menjelaskan, konotasi ‘nasihat’ itu perlu dilihat menerusi lensa adab Melayu yang halus yang mana ada tatasusilanya untuk bercakap dengan seseorang yang lebih tinggi kedudukan, dalam konteks ini antara rakyat (menteri) dengan Raja (Agong).
“Adakah pernah berlaku seorang Perdana Menteri menghadap Duli Tuanku dan berkata 'Ampun Tuanku, patik menasihatkan Tuanku untuk bubarkan Dewan esok,' sebagai contoh.
“Saya cukup yakin Perdana Menteri apabila menghadap Duli Tuanku untuk sesuatu perkara, beliau akan bertanya dengan Tuanku - 'atas pandangan Tuanku' atau 'memohon daripada Tuanku'.”
Maka jelas beliau, jika dibaca semua perkara yang digariskan dalam Perlembagaan berkenaan bidang kuasa Agong, ternyata bahawa segalanya adalah atas budi bicara dan perkenan baginda.
“Jadi pendekatan keperluan untuk menentukan Perdana Menteri menghantar ‘wahyu’ daripada Kabinet kepada Duli Tuanku adalah pada saya satu sikap yang tidak ‘Melayu’.”
Topic Berkaitan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#bubar parlimen
#Yang di-Pertuan Agong
#Kesantunan Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan