NATIONAL
Bubur lambuk ayam belanda menu istimewa Kampung Parit Sikom

Penduduk Kampung Parit Sikom Pontian menggunakan ayam belanda sebagai bahan utama dalam pembuatan bubur lambuk. - Astro AWANI
PONTIAN: Lazimnya penghasilan bubur lambuk yang menjadi menu wajib sepanjang bulan Ramadan diperbuat daripada bahan asas daging mahupun ayam.
Namun, berlainan di Kampung Parit Sikom Pontian di sini apabila penduduk menggunakan ayam belanda sebagai bahan utama dalam pembuatan bubur lambuk.
Ketua Kampung Parit Sikom, Falah Abdul Hussain berkata, biarpun baru kali pertama program gotong-royong memasak dan mengedar bubur itu dilaksanakan, ia mendapat sambutan hangat daripada penduduk.
"Kita telah edarkan 500 pek bubur lambuk ayam belanda kepada penduduk... ada penduduk di luar kawasan yang menghubungi saya agar menyimpan bubur lambuk ayam belanda ini kerana mahu merasa keenakannya."Penghasilan dua periuk bubur lambuk ini menggunakan dua ekor ayam belanda. Ayam belanda ini lebih besar daripada ayam standard, seekor berat boleh mencecah 10 kilogram.

Penduduk bergotong-royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk ayam belanda.
Ayam belanda atau nama saintifiknya Meleagris dikatakan mempunyai tekstur daging yang sedikit kenyal berbanding ayam biasa.
Namun ayam belanda dikatakan mempunyaj khasiat protien tinggi dan kurang kolestrol.
Berat seekor ayam belanda bersamaan dengan kira-kira empat ekor ayam standard.

Berat seekor ayam belanda bersamaan dengan kira-kira empat ekor ayam standard.
"Kalau selalu ayam biasa tu kita boleh masukkan terus, tetapi ayam belanda kena rebus dulu sebelum dimasak bersama beras, rempah dan sayuran lain," katanya.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami