awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 3 tahun hancur pergelangan tangan tersepit eskalator

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2015
02:15 MYT
Budak 3 tahun hancur pergelangan tangan tersepit eskalator
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahab mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian.
Seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun parah selepas tangannya tersepit pada eskalator sebuah pusat membeli belah di George Town.
Dalam kejadian kira kira jam 6 petang Rabu, mangsa Ng Wei Kang bersama keluarga sedang membeli belah di sebuah pasar raya di sini.
Menurut bapa mangsa, Ng Juen Shen, 34, ketika menaiki eskalator berkenaan anaknya berada di tepi tangga dan memegang bahagian tepi tangga berkenaan dan tiba tiba terkejut apabila terdengar bunyi meletup.
Dia kemudian melihat tangan anaknya tersepit hampir 30 minit sebelum anggota bomba dan penyelamat tiba.
"Dia duduk, baru masuk tangan di dalam. Emak dia tarik tangan dia. Lepas itu dia duduk, tangan dia letak dan sangkut di dalam.
"Tangan dia hancur; lima jari semua hancur," kata Juen Shen.
Sementara itu, pasukan perubatan yang merawat mangsa mengesahkan tangan kanan Wei Kang parah hingga ke bahagian pergelangan dan berkemungkinan akan dipotong.
Keadaan mangsa stabil, namun masih tidak sedarkan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahab mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian.
Topic Berkaitan
#jari
#Ng Juen Shen
#Ng Wei Kang
#tangan hancur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan