awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 5 tahun ditemukan rentung

Sinar Harian
Sinar Harian
27/10/2024
00:15 MYT
Budak 5 tahun ditemukan rentung
Pasukan bomba membawa mayat mangsa rentung keluar dari lokasi kebakaran di Kampung Jati Batu 5, Tawau. - Foto Sinar Harian
TAWAU: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan 38 rumah di Kampung Jati Batu 5, di sini tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah malam itu, kebakaran yang bermula dari salah sebuah rumah telah merebak dan menyebabkan seorang kanak-kanak maut akibat terperangkap.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.55 tengah malam.
Menurutnya, seramai 27 anggotanya dibantu enam Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Titingan dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 10 kilometer dari BBP Tawau.
"Kebakaran melibatkan 38 rumah jenis tidak kekal dengan keluasan 0.6 hektar telah terbakar 100 peratus.
"Hasil pemeriksaan terdapat seorang mangsa ditemui rentung pada jam 4.50 pagi dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, operasi memadam kebakaran dilakukan dengan menggunakan sumber air dari tangki jentera dan air terbuka.
"Operasi terkawal pada jam 2.28 pagi dan ditamatkan pada jam 5.59 pagi selepas anggota memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rentung
#kebakaran rumah
#Tawau
#kanak-kanak rentung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan