awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak autistik ditemukan lemas jatuh Sungai Skudai

Sinar Harian
Sinar Harian
02/05/2024
01:00 MYT
Budak autistik ditemukan lemas jatuh Sungai Skudai
Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang setelah terjatuh di Sungai Skudai dekat Kampung Sepakat Baru pada Rabu, ditemukan meninggal dunia. - Foto BBP Skudai/Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia lima tahun yang dilaporkan hilang setelah terjatuh di Sungai Skudai dekat Kampung Sepakat Baru pada Rabu, ditemukan meninggal dunia lewat malam tadi.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba, Saifulbahri Safar, mangsa ditemukan oleh anggota unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 130 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman empat meter.
"Kami menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.59 petang.
"Sebaik menerima panggilan berkenaan, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera 'fire rescue tender' (FRT) dan satu jentera unit perkhidmatan penyelamatan perawatan kecemasan (EMRS) dengan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dihantar ke lokasi.
"Anggota PKO kemudiannya bertindak membuat pencarian di sepanjang tebing sungai sepanjang 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh manakala anggota PPDA membuat operasi selaman mengunakan teknik 'swift wiping'.
"Mangsa kemudiannya ditemui sekitar jam 11.15 malam," katanya.
Operasi ditamatkan pada jam 1.20 pagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lemas
#kanak-kanak jatuh sungai
#kanak-kanak autistik
#Sungai Skudai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan