TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia disyaki didera ibu kandungnya dalam kejadian pada Rabu, minggu lalu.
Kejadian itu disedari selepas kanak-kanak terbabit dihantar ke sebuah hospital swasta di sini oleh ibunya berusia 33 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan alasan kononnya mengalami sesak nafas.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, doktor yang menerima mangsa ketika itu mengesahkan bahawa kanak-kanak itu telah meninggal dunia.
Menurutnya, pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan luka di bahagian keliling hidung, dagu, telinga dan belakang kepala.
"Terdapat juga kesan luka besar pada lengan kanan, jari kelingking dan telunjuk tangan kiri serta terdapat kesan luka koyakkan pada celah jari telunjuk dan jari hantu kiri.
"Pemeriksaan juga mengesan kesan gigitan berdekatan bahu lengan kiri, kesan parut sebelah kiri kaki, lebam bawah lutut kiri, lebam di belikat kanan dan beberapa lebam di seluruh belakang badan mangsa," katanya pada Rabu.
Beliau berkata, polis yang menerima makluman kejadian itu telah menahan ibu kandung mangsa ketika wanita itu hadir menyerah diri di Balai Polis Teluk Intan pada hari sama sekitar jam 5 petang.
Katanya, siasatan awal mendapati, wanita terbabit memperlakukan mangsa yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu akibat tertekan kerana mangsa sering menangis.
"Daripada keterangan diberikan, wanita itu baru saja mengambil semula anaknya itu untuk dijaga pada Jun tahun lalu selepas diletakkan di bawah jagaan pengasuh sejak dua tahun lalu.
"Mangsa yang sentiasa menangis dan tidak selesa dengan ibu kandungnya menyebabkan wanita itu bertindak mendera hingga berlaku kematiannya," katanya.
Ahmad Adnan berkata, wanita itu direman selama tujuh hari sehingga Khamis bagi siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Mar 16 2022
Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan luka di bahagian keliling hidung, dagu, telinga dan belakang kepala. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Ahmad Adnan
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.
Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.
PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan pada 1 November.
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas
Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia sembilan tahun sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan dan mata.
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak
Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur di sini kira-kira 8 malam selepas aduan oleh orang awam.