awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak lemas dalam tong, pasangan suami isteri didakwa esok - Polis

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
09/02/2021
07:53 MYT
Budak lemas dalam tong, pasangan suami isteri didakwa esok - Polis
Pasangan suami isteri iaitu ibu kandung mangsa berusia 32 tahun serta bapa tirinya itu ditahan dan direman sejak 30 Januari lalu sehingga Khamis ini. - Gambar fail
MELAKA:Pasangan suami isteri yang direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian kanak-kanak berusia tujuh tahun yang ditemui lemas dalam tong dan dipercayai didera di Krubong, Melaka hujung bulan lalu, akan dituduh di Mahkamah Ayer Keroh, esok.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kedua-dua suspek itu dijangka akan dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan membunuh dan mendera kanak-kanak malang itu.
“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kedua-dua suspek ini akan di tuduh di Mahkamah Ayer Keroh pada esok.
“Mereka ini akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera anak mereka ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
BACA: Kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera ibu, ayah tiri
BACA: Kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera, pasangan suami isteri direman
Dera kanak-kanak | Ibu kandung pernah terima rawatan psikiatri
Pada 29 Januari lalu, kanak-kanak lelaki itu didakwa lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter oleh suspek lelaki yang juga bapa tirinya berusia 38 tahun.
Pemeriksaan fizikal serta hasil bedah siasat bagaimanapun mendapati, terdapat pelbagai kecederaan termasuk luka baharu di kesan di bahagian belakang kepala kanak-kanak itu.
Jenazah yang dituntut oleh waris keluarga ibu kandung di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Jasin pada 1 Februari lalu.
Astro AWANI turut melaporkan, pasangan suami isteri iaitu ibu kandung berusia 32 tahun serta bapa tirinya itu ditahan dan direman sejak 30 Januari lalu sehingga Khamis ini.
Kes Dera | Reman ibu dan ayah tiri mangsa disambung
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#lemas dalam tong
#Kanak-kanak
#Krubong
#Melaka
#budak didera
#kanak-kanak didera
#bapa tiri
#ibu kandung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan