awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

39 kes kecederaan akibat mercun direkod di Kelantan - JKNK

Bernama
Bernama
03/05/2023
06:07 MYT
39 kes kecederaan akibat mercun direkod di Kelantan - JKNK
Daripada jumlah itu, 10 kes dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) manakala sembilan di Hospital Tanah Merah. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah merekodkan 39 kes kecederaan akibat terkena mercun sejak 25 Mac lepas sehingga hari ini.
Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata daripada jumlah itu, 10 kes dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) manakala sembilan di Hospital Tanah Merah.
Katanya, masing-masing sebanyak empat kes dirawat di Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh, Hospital Gua Musang, Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai selain dua kes di Hospital Tumpat, Hospital Machang (dua), Hospital Jeli (tiga) dan satu kes di Hospital Pasir Mas.
"Daripada jumlah itu, dua kes telah dirujuk kepada hospital berpakar kerana mengalami kecederaan yang serius selain 14 mangsa pula dirawat sebagai pesakit luar kerana kecederaan tidak serius.
"Sebanyak 23 kes telah dimasukkan ke dalam wad untuk mendapatkan rawatan lanjut dan memerlukan pemantauan daripada doktor dan petugas," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Dr Zaini berkata majoriti kes kecederaan akibat mercun yang berlaku di negeri ini membabitkan golongan kanak-kanak berusia antara sembilan dan 10 tahun.
"JKNK memandang serius terhadap peningkatan insiden kecederaan akibat bermain mercun di negeri ini dan menasihati orang ramai terutamanya ibu bapa mengawasi anak-anak sekali gus agar tidak bermain mercun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes kecederaan akibat kena mercun
#Hospita Raja Perempuna Zainab II
#Hospital Tengku Anis
#kecederaan serius dan tidak serius
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan