awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budaya kanak-kanak di bawah pemerhatian awam cabuli hak privasi

Bernama
Bernama
07/09/2024
13:30 MYT
Budaya kanak-kanak di bawah pemerhatian awam cabuli hak privasi
Perkongsian gambar dan video kanak-kanak tanpa persetujuan mencabuli hak privasi dan memberi impak negatif. - Gambar hiasan/Freepik
KUALA LUMPUR: Perkongsian gambar dan video kanak-kanak tanpa persetujuan mencabuli hak privasi dan memberi impak negatif yang boleh mengakibatkan kesan psikologi jangka panjang kepada diri mereka.
Pertubuhan Bukan Kerajaan, Protect and Save the Children (PS The Children) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kanak-kanak mempunyai hak kepada privasi seperti yang digariskan dalam Perkara 16 Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) yang melindungi mereka daripada intervensi arbitrari dalam kehidupan peribadi mereka dan memastikan maruah mereka dihormati.
"Budaya 'kanak-kanak di bawah pemerhatian awam' mencabuli hak privasi dan autonomi tubuh mereka.
"Perkongsian gambar dan video tanpa persetujuan bukan sahaja memberi impak negatif terhadap persepsi diri mereka tetapi ia juga mengajar mereka bahawa kanak-kanak tiada kawalan terhadap imej dan naratif diri mereka sendiri," menurut kenyataan itu.
PS The Children turut menyuarakan kebimbangan mengenai norma menggunakan kanak-kanak sebagai kandungan dalam media sosial khususnya menerusi TikTok.
"Kita perlu bertanggungjawab untuk menangani isu-isu kritikal berkait dengan keselamatan, privasi dan autonomi kanak-kanak.
"Penerbitan bahan yang melibatkan kanak-kanak bukan sahaja mencabuli privasi dan autonomi mereka tetapi juga meningkatkan risiko pengantunan kanak-kanak," menurut kenyataan itu.
PS The Children memaklumkan amat penting bagi golongan dewasa memberi contoh yang positif kepada kanak-kanak tentang sempadan peribadi untuk menangani isu berkenaan antaranya menggalakkan kanak-kanak menegaskan sempadan mereka, dan memahami bahawa mereka tidak akan dimalukan atau dihukum kerana menolak kehendak orang dewasa.
"Kami menyeru kepada komuniti untuk bersuara menentang tingkah laku yang tidak senonoh terhadap kanak-kanak.
"Kita perlu mewujudkan persekitaran kanak-kanak berasa selamat dan dihargai dan hak mereka dihormati. Ia termasuk menyokong kempen menentang jenaka seksual yang ditujukan kepada kanak-kanak, seperti yang diterajui oleh kempen #MakeSchoolASafePlace yang dipimpin oleh remaja Ain Husniza," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#hak privasi
#perkongsian umum
#kesan psikologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan