awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budaya mengkafir sesama Islam boleh datangkan kemusnahan dahsyat - Saifuddin

Faida Rahim
Faida Rahim
23/05/2024
05:45 MYT
Budaya mengkafir sesama Islam boleh datangkan kemusnahan dahsyat - Saifuddin
Saifuddin mengingatkan orang ramai mengenai bahaya budaya kafir-mengkafir sesama Islam yang boleh mendatangkan pelbagai kemungkinan termasuk kemusnahan yang dasyat.- Foto Bernama
PUTRAJAYA: Masyarakat perlu diberi kefahaman bahawa perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution turut mengingatkan orang ramai mengenai bahaya budaya kafir-mengkafir sesama Islam boleh mendatangkan pelbagai kemungkinan termasuk kemusnahan yang dahsyat.
"Perbuatan mengkafirkan orang ini membawa kemusnahan yang dahsyat dari segi agama pun tak betul, kita tidak boleh menkafirkan orang sewenang wenangnya, daripada segi hukum dan undang-undang pun juga begitu.
"Amalan yang kepada membawa kepercayaan iman kita sendiri sahaja yang sempurna, orang lain rosak imannya, orang lain kafir tidak boleh dibenarkan sebab ia akan membawa kepada kemungkinan-kemungkinan lain yang lebih dahsyat. Tak boleh ada perbuatan mengkafirkan sesama Muslim ini iaitu membawa dia tak campur orang, tak percaya orang itu bahaya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya pada Khamis.
Mengulas lanjut mengenai kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram Johor Baharu, Saifuddin memaklumkan selepas berakhir tempoh tahanan reman suspek berhubung insiden tersebut, pihak Polis akan mencadangkan atau melaksanakan apakah undang-undang yang membolehkan suspek ditahan untuk dilanjutkan siasatan.
Untuk rekod, dalam kejadian pada jam 2.45 pagi 17 Mei 2024 itu, dua anggota Balai Polis Ulu Tiram, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut manakala seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, parah selepas ditetak dan ditembak suspek.
Topic Berkaitan
#Balai Polis Ulu Tiram
#Kementerian Dalam Negeri
#Saifuddin Nasution
#Putrajaya
#perbuatan mengkafir
#kemusnahan dasyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan