BUDI95: 7,480 permohonan pengguna bot diterima di Sarawak

Pada 13 Okt lalu, MoF memaklumkan bahawa kelayakan subsidi BUDI95 diperluaskan kepada pengguna bot berdaftar di Sarawak. - Gambar hiasan
KUCHING: Sebanyak 7,480 permohonan subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi pengguna bot di Sarawak telah diterima oleh Pejabat Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
Ringkasan AI
- Sebanyak 7,480 permohonan subsidi BUDI95 bagi pengguna bot di Sarawak diterima; 5,765 permohonan layak manakala yang lain masih dalam penilaian.
- Kerjasama di antara Kementerian Pengangkutan Sarawak, KPDN, dan Pejabat Perbendaharaan dilakukan untuk pelaksanaan program subsidi BUDI95.
- Usaha intensif dilakukan oleh Kerajaan Sarawak untuk memastikan penduduk luar bandar dan pedalaman yang layak dapat menikmati subsidi petrol BUDI95.
"Usaha pendaftaran pemilik bot persendirian dan bot panjang turut dipergiatkan bersama Pejabat Residen Bahagian dan Pejabat Daerah.
"Ini merupakan satu daripada usaha Kerajaan Sarawak bagi memastikan penduduk luar bandar dan pedalaman yang benar-benar layak tidak tercicir daripada menikmati subsidi petrol BUDI95," katanya.
Beliau menjawab soalan Anyi Jana (GPS-Ngemah) yang ingin mengetahui langkah diambil kerajaan negeri untuk melancarkan pelaksanaan inisiatif subsidi petrol di kawasan luar bandar.
Pada 13 Okt lalu, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan bahawa kelayakan subsidi BUDI95 diperluaskan kepada pengguna bot berdaftar di Sarawak, sebagai sebahagian daripada penambahbaikan untuk memastikan manfaat tersebut dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


