awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Sistem kesihatan Sudan di ambang runtuh
Pengerusi PN tidak boleh dimansuhkan berdasarkan Perlembagaan - Sanusi
PKS 2026: Optimis berhati-hati, VM2026 jadi pemangkin - Maybank
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: SPR terima 472 laporan kesalahan kecil kempen

Bernama
Bernama
25/11/2025
07:55 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: SPR terima 472 laporan kesalahan kecil kempen
Ramlan berkata kesalahan yang dilaporkan oleh pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya itu membabitkan bahan-bahan kempen termasuk ceramah tanpa permit. - Gambar fail
TAWAU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 472 laporan berkaitan kesalahan-kesalahan kecil semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 setakat semalam.
Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun, berkata kesalahan yang dilaporkan oleh pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya itu membabitkan bahan-bahan kempen termasuk ceramah tanpa permit.
"Perkara ini telah dimaklumkan kepada kita dan tindakan susulan akan diambil," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pengundian Awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di sini, hari ini.
KENALI HERO SABAH ANDA DI SINI... MAIN SEKARANG!
BACA LAPORAN KOMPREHENSIF, CALON TUMPUAN DAN PERKEMBANGAN TERKINI PRN SABAH
Ramlan turut berharap tiada lagi pengundi mengambil gambar kertas undi semasa berada di dewan mengundi dan memuat naik imej berkenaan di media sosial.
"Kita harap tiada lagi kes seumpama itu. Langkah telah diambil, termasuk menyediakan tempat untuk pengundi meletakkan telefon sementara ketika masuk dewan mengundi.
"Pegawai bertugas akan memantau dan memastikan tiada pengundi mengambil gambar ketika memangkah undi," tambahnya.
Selain itu, Ramlan berkata SPR bersedia sepenuhnya menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku banjir pada hari pengundian 29 Nov ini.
"Kita akan pastikan proses pengundian berjalan lancar dengan mengambil prosedur operasi standard termasuk merujuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk panduan dan bantuan," katanya.
Sabtu ini merupakan hari pengundian PRN Sabah ke-17, dengan seramai 1.76 juta pengundi biasa layak mengundi.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#SPR
#kesalahan pilihan raya
#Ramlan Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan