awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buka sekolah 1 September undang risiko sistem kesihatan negara lumpuh - Mohamad Hasan

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
12/08/2021
09:32 MYT
Buka sekolah 1 September undang risiko sistem kesihatan negara lumpuh - Mohamad Hasan
Mohamad berkata, jika keputusan pembukaan sekolah secara menyeluruh dan serentak tetap dilaksanakan, ia akan mengundang risiko sistem kesihatan negara menjadi lumpuh. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Pendidikan untuk membuka semula sekolah pada 1 September perlu dipertimbangkan semula, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata, membenarkan anak-anak kembali ke sekolah ketika jangkitan COVID-19 terus meningkat, bukan sahaja sangat berisiko malah ia adalah tindakan culas dan tidak bertanggungjawab.
Tegas beliau, risiko bertambah apabila vaksinasi membabitkan ratusan ribu guru masih belum menyeluruh dan kajian mengenai pemberian vaksin kepada remaja berumur 12 hingga 18 tahun belum dilaksanakan.
Buka Sekolah | Apakah garis panduan sesuai?
"Bilangan kes COVID-19 dalam negara kita kini pada tahap yang tertinggi pernah direkodkan.
"Negeri seperti Selangor terus merekodkan jumlah kes yang sangat tinggi, melebihi 6,000 kes sehari secara konsisten.
"Manakala, di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan jumlah kes harian yang dicatat juga dilihat semakin meningkat dengan mendadak," ujarnya menerusi ciapan di Twitternya.
PERTIMBANG SEMULA PEMBUKAAN SEKOLAH Keputusan Kementerian Pendidikan untuk membuka semula sekolah pada 1 September akan datang harus dipertimbangkan semula. Bilangan kes Covid-19 dalam negara kita kini pada tahap yang tertinggi pernah direkodkan 1/7
— Mohamad Haji Hasan (@tokmatn9) August 12, 2021
Mohamad berkata, jika keputusan pembukaan sekolah secara menyeluruh dan serentak tetap dilaksanakan, ia akan mengundang risiko sistem kesihatan negara menjadi lumpuh.
Justeru, beliau mendesak supaya pihak berkenaan berhenti daripada membuat keputusan yang akhirnya mengancam kesihatan dan keselamatan pelajar, guru dan keluarga serta masyarakat.
"Walau bagaimanapun, bagi kawasan dan negeri yang berisiko rendah dan mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi, pembukaan sekolah secara berperingkat boleh dipertimbangkan seperti di Perlis, Sarawak serta Labuan," tambahnya.
Namun, bagi negeri lain, pembelajaran secara maya harus diteruskan dan ditambah nilai, disesuaikan dengan data dan tahap jangkitan serta vaksinasi.
"Pendekatan ‘one size fits all’ dalam keadaan yang sangat luar biasa seperti sekarang mesti dihentikan", katanya lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#guru
#Kementerian Pendidikan
#Mohamad Hasan
#pendidikan
#pembukaan sekolah
#September
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan