awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan 'budak kelas depan', TVET buka peluang 14 pelajar sambung pengajian di China

Khalis Khadir
Khalis Khadir
13/10/2024
11:01 MYT
Bukan 'budak kelas depan', TVET buka peluang 14 pelajar sambung pengajian di China
Mohammad Rizan menyifatkan mereka telah membuat pilihan tepat dengan memilih laluan TVET di peringkat SKM menerusi pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. - Foto: Belia Mahir
KUALA LUMPUR: Seramai 14 pelajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berlepas ke China untuk melanjutkan pengajian kemahiran tinggi di Tangshan Polytechnic University selama setahun.
Kesemua mereka berkelulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang akan menjalani latihan dengan beberapa industri automatif China membuktikan kepada masyarakat bahawa TVET bukan lagi bidang pilihan kedua.
Ketua Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir), Mohammad Rizan Hassan berkata, ia kejayaan hasil inisiatif Malaysia-China Institute (MCI) yang menjadi platform kerjasama dua negara membangunkan TVET.
MCI digerakkan secara bersama oleh Belia Mahir, TANG International Education Group China dengan sokongan institusi TVET serta industri dari China.
Jelasnya, kesemua yang terpilih itu tidak mempunyai latar belakang akademik yang baik dan tidak menamatkan persekolahan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Namun katanya, mereka telah membuat pilihan tepat dengan memilih laluan TVET di peringkat SKM menerusi pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Belia Mahir yakin lebih ramai bakat muda bakal melanjutkan latihan di China pada tahun hadapan melihat kepada penglibatan seramai 1,776 pelajar TVET menjalani latihan jangka masa pendek dalam program Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT).
Topic Berkaitan
#TVET
#China
#Belia Mahir
#Tangshan Polytechnic University
#pengajian tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan