'Bukan koronavirus tetapi jangkitan saluran pernafasan'

Vivi Sumanti
Februari 9, 2020 13:37 MYT
Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki dibawa ke dalam kenderaan ambulans. - Foto media sosial
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan hari ini menafikan seorang lelaki berusia 50-an dijangkiti koronavirus dan dihantar ke Hospital Tumpat seperti yang didakwa dalam media sosial.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, lelaki berkenaan hanya menunjukkan tanda jangkitan pada saluran pernafasan.
Katanya, lelaki itu datang ke Hospital Pakar Perdana untuk membuat pemeriksaan sebelum dihantar ke Hospital Tumpat untuk pemeriksaan lanjut.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus Lebih 800 maut, angka korban atasi kematian SARS
BACA: Koronavirus: Seorang lagi rakyat Malaysia disahkan positif
"Pesakit itu datang untuk menjalani pemeriksaan paru-paru dan ujian sudah dihantar ke makmal dan keputusannya bakal diketahui esok.
“Mengikut maklumat yang kita dapat, pesakit berkenaan dikatakan berkunjung ke Bangkok, Thailand bulan lalu dan pulang ke Kelantan pada 26 Januari lepas," katanya.
Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki dibawa ke dalam kenderaan ambulans.
#Hospital Pakar Perdana #Hospital Tumpat #Jabatan Kesihatan Negeri #jangkitan saluran pernafasan #JKN Kelantan #media sosial #noronavirus