awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan main lincah! PDRM guna pendekatan berbeza mendidik guna hiburan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
27/04/2020
07:54 MYT
Bukan main lincah! PDRM guna pendekatan berbeza mendidik guna hiburan
Pesanan khidmat masyarakat yang dihasilkan Pancaragam PDRM misalnya, membuktikan pasukan keselamatan negara juga berbakat menghiburkan masyarakat. - Foto YouTube/RMP TV Channel
Dalam menyampaikan mesej kepada rakyat untuk sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tampil dengan pendekatan yang berbeza.
Pesanan khidmat masyarakat yang dihasilkan Pancaragam PDRM misalnya, membuktikan pasukan keselamatan negara juga berbakat menghiburkan masyarakat.
Klip video ini digubah liriknya daripada lagu asal ‘Ramadhan Datang’ yang dinyanyikan oleh penyanyi, Tompi dari negara jiran, Indonesia ekoran Op COVID-19 dan seiring bermulanya Ramadan.
Inisiatif ini merupakan antara pelbagai alternatif yang dilakukan PDRM, iaitu dengan melibatkan Pancaragam PDRM yang mempunyai jumlah ahli yang besar selain berkemahiran tinggi, termasuk melakukan susunan semula muzik. - Foto YouTube RMP TV Channel
Inisiatif ini merupakan antara pelbagai alternatif yang dilakukan PDRM, iaitu dengan melibatkan Pancaragam PDRM yang mempunyai jumlah ahli yang besar selain berkemahiran tinggi, termasuk melakukan susunan semula muzik. - Foto YouTube RMP TV Channel
Penulis lirik, SAC Datuk Fadzil Ahmat berkata pendekatan santai dan hiburan bermesej itu adalah sebagai peringatan kepada rakyat bahawa PKP masih dikuatkuasakan walaupun di bulan Ramadan.
"Lagu ini mengambil semangat operasi COVID-19. Kita hendak memastikan orang ramai ingat bahawa PKP masih ada walaupun di bulan Ramadan.
"Dalam bulan Ramadan ini biasalah, orang ramai akan sibuk dengan kegiatan perniagaan, membeli belah dan pelbagai aktiviti lain, beribadat dan bermacam-macam lagi.
"Jadi untuk ingatkan mereka bahawa PKP itu masih ada dan mereka perlu patuh kepada PKP itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pancaragam PDRM yang mempunyai jumlah ahli yang besar selain berkemahiran tinggi, termasuk melakukan susunan semula muzik. - Foto YouTube RMP TV Channel
Pancaragam PDRM yang mempunyai jumlah ahli yang besar selain berkemahiran tinggi, termasuk melakukan susunan semula muzik. - Foto YouTube RMP TV Channel
Beliau yang juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor berkata, inisiatif ini merupakan antara pelbagai alternatif yang dilakukan PDRM, iaitu dengan melibatkan Pancaragam PDRM yang mempunyai jumlah ahli yang besar selain berkemahiran tinggi, termasuk melakukan susunan semula muzik.
"Mereka ini terdiri daripada kumpulan Pancaragam PDRM, mereka yang buat susunan semula muzik yang mana muzik asalnya adalah daripada Tompi, penyanyi Indonesia.
"Ini merupakan kerjasama juga dengan RMP TV Channel di mana ia merupakan satu saluran yang akan memaparkan berita-berita berkenaan PDRM terutama berita jenayah," katanya.
Lagu berkenaan dinyanyikan oleh penyanyi kombo PDRM yang merupakan bekas peserta program realiti, One In A Million, Alif Azfar Ishak dan Mesmoro.
Sarjan Usop yang mempamerkan aksi bersahaja dan ‘bersemangat’ tatkala bermain instrumen marakas. - Foto YouTube RMP TV Channel
Sarjan Usop yang mempamerkan aksi bersahaja dan ‘bersemangat’ tatkala bermain instrumen marakas. - Foto YouTube RMP TV Channel
Menariknya, selain bait-bait lirik yang sarat mesej positif, warga net turut terhibur dengan gelagat salah seorang anggota dikenali Sarjan Usop yang mempamerkan aksi bersahaja dan ‘bersemangat’ tatkala bermain instrumen marakas.
Ikuti saluran YouTube RMPTV untuk menonton lagu ini selain mendapatkan informasi dan aktiviti terkini PDRM.
Topic Berkaitan
#bakat polis
#jenayah
#keselamatan
#koronavirus
#pancaragam PDRM
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#SAC Datuk Fadzil Ahmat
#siasatan
#video
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan