Kerajaan masih belum mengkaji cadangan aktivis agar fakta mengenai perjuangan kemerdekaan golongan berhaluan kiri termasuk Parti Komunis Malaya (PKM) dimasukkan dalam buku teks sejarah.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, hal ini bukan berniat mempromosikan perjuangan komunis sebaliknya lebih kepada maksud supaya komunis, kapitalis, demokrasi dan kleptokrasi difahami.
"Kita belum kaji lagi, orang lain yang cadang, bukan kita (kerajaan).
"Apa yang saya faham ia bukan bermaksud mempromosikan perjuangan komunis, kita kena faham apakah komunis?
"Kita bukan nak promosikan fahaman komunis, tapi kita kena tahu apa itu komunis, kapitalis, demokrasi, kleptokrasi, semua ini kita kena tahu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Semalam, aktivis, Fadiah Nadwa Fikri menggesa kerajaan untuk menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan oleh golongan berhaluan kiri termasuk Parti Komunis Malaya.
Menurutnya, perjuangan puak berhaluan kiri tersebut merupakan fakta yang tidak dimasukkan dalam buku teks sedia ada.
Katanya, golongan kiri turut sama berjuang untuk kemerdekaan negara.
Bercakap dalam forum 'Perlukah Menulis Semula Buku Sejarah?', Fadiah Nadwa berkata, fakta tersebut perlu dimasukkan ke dalam buku teks sejarah bagi memberikan kefahaman kepada pelajar dan masyarakat mengenai Malaysia sebagai sebuah negara.
Astro Awani
Mon Jul 30 2018
DR MAHATHIR: Kita bukan nak promosikan fahaman komunis, tapi kita kena tahu apa itu komunis, kapitalis, demokrasi, kleptokrasi, semua ini kita kena tahu. - Gambar fail/Astro AWANI
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Bukan promosi komunis tapi rakyat perlu tahu - Tun M
Kerajaan masih belum mengkaji cadangan aktivis agar fakta mengenai perjuangan kemerdekaan golongan berhaluan kiri termasuk Parti Komunis Malaya (PKM) dimasukkan dalam buku teks sejarah.