Sejak beberapa hari lalu, rungutan seorang rakyat Malaysia yang prihatin menjadi viral di laman-laman media sosial berhubung papan tanda di Pasar Seni yang langsung tidak melambangkan kedudukannya di Malaysia, sebuah negara yang bahasa rasminya adalah Bahasa Melayu.
"... terperanjat besar aku. aku ni kat Kuala Lumpur ke... atau kat Hong Kong ke... atau kat Macau ke... atau kat Beijing?... Oh Negaraku Malaysia," adalah antara keluhan individu tersebut apabila memaparkan gambar papan tanda yang langsung tidak ada perkataan ‘Pasar Seni’.
Gambar papan tanda yang terletak berhampiran kawasan letak kereta Pasar Seni, di sepanjang Jalan Hang Kasturi, yang dimuat naik jelas tertera dengan perkataan ‘Central Market’, ‘Since 1888’ dan perkataan dalam bahasa Mandarin.
Tinjauan penulis pada pagi ini (Jumaat) mendapati papan tanda itu sudah diselubungi dengan kanvas berwarna biru. Mungkin tindakan itu diambil berikutan kontroversi yang timbul di media-media sosial.
Hakikatnya, individu tersebut amat sensitif mengenai penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia, apatah lagi di Pasar Seni yang menjadi antara destinasi pelancongan utama di ibu kota.
Persoalannya, apakah pihak pengurusan bangunan Pasar Seni tidak peka terhadap aspek penggunaan bahasa dan tidak mengutamakan Bahasa Melayu, malah tidak meletakkan perkataan 'Pasar Seni' bersama-sama dengan perkataan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin itu.
Ketika sedang mengambil gambar papan tanda itu, penulis disapa oleh sekumpulan pemandu teksi yang berada berhampiran.
"(Papan tanda) bahasa asing sudah diselimuti. Dewan Bandaraya (Kuala Lumpur) (DBKL) datang petang semalam," kata seorang pemandu berkenaan.
Berbual seketika, mereka memberitahu bahawa beberapa pekerja DBKL bertindak "menyelimutkan" papan tanda tersebut pada kira-kira pukul 3 petang Khamis.
"Tembok yang tak tahu berbahasa Melayu itu sudah berdiri gah di situ sejak kira-kira sebulan lalu," kata seorang lagi.
Mengakui sedar akan ‘kecacatan’ pada papan tanda itu, ada di antara pemandu berkenaan mempersoalkan tahap kepekaan pihak pengurusan Pasar Seni yang pada pendapat mereka "tidak sensitif, tidak bertanggungjawab dan tidak patriotik."
Timbul juga persoalan siapa pula yang bertanggungjawab meluluskan papan tanda itu sebelum dibina.
Seorang pekerja di gerai sekitar Pasar Seni, yang berasal dari Pakistan, turut menyampuk, menyatakan: "Amat memalukan, bahasa kebangsaan tidak digunakan."
"Bahasa kebangsaan sesebuah negara sepatutnya menjadi keutamaan untuk apa juga tujuan rasmi termasuk papan tanda. Dengan menggunakan bahasa rasmi negara umpamanya bahasa Melayu di samping bahasa-bahasa lain, ia dapat memperkenalkan bahasa kebangsaan kepada pelancong," katanya, yang merupakan seorang graduan seni.
Berjalan-jalan di sekitar Pasar Seni itu, penulis melihat satu lagi papan tanda yang mengabaikan bahasa Melayu. Papan tanda yang tergantung di pentas utama, di luar bangunan Pasar Seni juga tidak menggunakan bahasa kebangsaan.
Ironinya, pelbagai acara kebudayaan sering kali dianjurkan di pentas itu.
Jika demikianlah keadaannya, tidak hairanlah pelbagai usaha yang diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu gagal.
Sesetengah pihak seolah-olah mengabaikan dan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sedangkan ia termaktub di dalam perlembagaan negara ini.
Bernama
Fri Sep 04 2015
Gambar papan tanda yang dimuat naik jelas tertera dengan perkataan Central Market, Since 1888 dan perkataan dalam bahasa Mandarin.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Hantaran Macron dalam Bahasa Melayu cetus kekaguman, eratkan hubungan Malaysia-Perancis
Hantaran itu walaupun ringkas, ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, mencetuskan kekaguman dan rasa ingin tahu dalam kalangan pengguna laman sosial.
DBP pertingkat program bahasa Melayu di universiti luar negara
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan meningkatkan program bahasa Melayu di beberapa universiti luar negara termasuk China, Thailand dan Jepun dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan itu.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Bahasa Melayu berpotensi sebagai bahasa kedua ASEAN
Tian Chua berkata Bahasa Melayu telah lama berfungsi sebagai bahasa serantau yang menghubungkan masyarakat pelbagai latar belakang.
Syarikat China lancar janaan dalam bahasa Melayu perkukuh AI di Asia Tenggara
Alto AI melancarkan LLM yang pertama dalam Bahasa Melayu bagi memperkukuh janaan AI di Asia Tenggara meliputi pelbagai bidang.
Program Semarak Bahasa Kebangsaan galak pelajar Cina kuasai Bahasa Melayu
Program Semarak Bahasa Kebangsaan Kampung Baru melibatkan sekolah aliran Cina yang dilaksanakan sejak Jun 2016 bertujuan menggalakkan pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Menteri Pendidikan akan jumpa PIBG dari 11 sekolah Cina - Fahmi
Kumpulan itu membantah pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan BM sebagai bahasa pengantar dalam Program DLP di sekolah itu.
Kolej Thailand lancar Kursi Ismail Sabri, promosi pengajian Melayu dan ketamadunan
Katanya, kursi itu permulaan bagi memperkenal pengajian Bahasa Melayu dan Ketamadunan Melayu di kolej dan universiti lain di Thailand.