'Bukan tak garing, tapi tak masak' - Juri Masterchef UK

Tan Su Lin
April 5, 2018 00:04 MYT
Menerusi rancangan Good Morning Britain, Gregg Wallace menjelaskan apa yang dimaksudkan adalah rendang ayam yang dimasak Zaleha, tidak masak, bukan garing. - Gambar YouTube
SELEPAS dikecam teruk oleh netizen gara-gara isu ayam rendang 'crispy', juri MasterChef UK akhirnya tampil memberikan penjelasan.
Menerusi rancangan Good Morning Britain, Gregg Wallace menjelaskan apa yang dimaksudkannya adalah rendang ayam yang dimasak peserta dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin itu sebenarnya tidak masak, bukan garing.
"Saya tidak bermaksud ia seharusnya digoreng, seperti ayam goreng. Apa yang saya maksudkan adalah ia tidak masak. Ia hanya tidak masak. Ia putih dan lembik," katanya pada rancangan itu.
Hos rancangan itu turut mempersoalkan kenyataan Wallace itu dengan menempelaknya "tetapi anda sebut 'crispy'!"
"Percayalah tukang masak yang terbaik selalu melepasi ke peringkat seterusnya. Dia (Zaleha) disingkirkan bukan kerana kulit rendang ayamnya tidak rangup. Dia disingkir kerana peserta lain lebih baik," jelas Wallace lagi.
Wallace dan seorang lagi juri, John Torode menerima kritikan hebat netizen selepas menyingkirkan Zaleha kerana menyifatkan rendang ayamnya tidak 'garing'.
BACA: Gara-gara 'ayam rendang tidak rangup', netizen serang YouTube MasterChef
Terdahulu, Torode turut memadamkan kenyataannya di Twitter tentang masakan rendang selepas menerima kecaman teruk daripada netizen.
Torode antaranya memuat naik status mengatakan rendang berasal dari Indonesia dan mengucapkan “namaste”, sekaligus mengguris sensitiviti masyarakat tempatan.
Episod rendang ayam rangup itu juga mengundang reaksi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, menerusi akaun Twitternya pada Selasa secara sinis berkata: "Mana ada orang makan rendang ayam 'crispy'? #MalaysianFood."

Mana ada orang makan rendang ayam 'crispy'? #MalaysianFood pic.twitter.com/nWBbaVN8HY

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) April 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: 'Mak cik dan pak cik bawang' Nusantara bersatu, laman YouTube MasterChef UK dipadam
BACA: Ayam rendang 'crispy': Minta maaf sajalah, jangan ego - Chef Wan
BACA: Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia 'sekolahkan' juri Masterchef UK
#crispy #Good Morning Britain #Gregg Wallace #isu semasa #John Torode #juri #juri MasterChef #MASTERCHEF #MasterChef UK #rendang ayam #rendang ayam crispy #Zaleha Kadir Olpin