awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukit Aman kesan sindiket penipuan baharu tawar pekerjaan dalam talian

Bernama
Bernama
01/11/2021
21:21 MYT
Bukit Aman kesan sindiket penipuan baharu tawar pekerjaan dalam talian
Mohd Kamarudin mendedahkan JSJK telah menahan seramai 168 ahli sindiket itu yang mengakibatkan kerugian RM4.6 juta bagi tempoh Januari hingga 31 Ogos tahun ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengesan satu modus operandi baharu sindiket menggunakan platform media sosial, bagi menawarkan pekerjaan dalam talian dengan menjanjikan pendapatan lumayan antara RM200 hingga RM300 sehari.
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata sindiket ini menyasarkan golongan yang sedang mencari pekerjaan sambilan bagi menampung pendapatan tambahan isi rumah atau suri rumah.
"Memandangkan ramai golongan berkenaan bekerja dari rumah dan terkesan dengan COVID-19, maka sindiket ini menggunaakn modus operandi itu.
"Untuk menarik pelanggan, mereka sanggup menggunakan nama-nama syarikat besar seperti Lazada, Shopee, Seng Heng dan Carousell," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata pihak berkuasa dan pihak syarikat berkaitan telah mengeluarkan banyak kenyataan akhbar menafikan terdapat tawaran kerja daripada mereka.
Mohd Kamarudin berkata sindiket ini menggunakan media sosial seperti WhatsApp, Instagram dan Facebook bagi menawarkan kerja sebagai ejen syarikat untuk membeli barangan di platform e-dagang untuk meningkatkan rating.
"Mangsa akan menerima WhatsApp dan diberikan pautan platform untuk memilih barangan yang perlu dibeli dan diberikan beberapa tugasan yang perlu diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.
"Mangsa juga diarahkan menghantar gambar produk dipilih kepada suspek yang kemudiannya diarahkan membuat pembayaran bagi produk dipilih ke akaun mule diberikan oleh suspek," katanya.
Beliau berkata bagi meyakinkan mangsa bahawa itu adalah pekerjaan yang sah, setiap pembelian yang dibuat mangsa, sindiket tersebut akan membayar semula harga barangan berkenaan dengan komisen tambahan lima peratus hingga lapan peratus.
Susulan itu, JSJK telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan kes itu dan mengambil tindakan mengesan dan menahan ahli-ahli sindiket berkenaan.
Mohd Kamarudin mendedahkan JSJK telah menahan seramai 168 ahli sindiket itu yang mengakibatkan kerugian RM4.6 juta bagi tempoh Januari hingga 31 Ogos tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#sindiket penipuan
#tawar pekerjaan dalam talian
#Mohd Kamarudin Md Din
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan