awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada lambakan durian di Perak, permintaan sentiasa tinggi - FAMA
AKPS tolak kemasukan sembilan warga asing di ICQS Bukit Kayu Hitam
Amaran siklon tropika dikeluarkan untuk timur laut Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukit Aman siasat dakwaan penambahan slot janji temu vaksinasi

Bernama
Bernama
14/07/2021
08:54 MYT
Bukit Aman siasat dakwaan penambahan slot janji temu vaksinasi
Mohd Kamarudin mengesahkan PDRM menerima laporan berkaitan isu itu daripada seorang petugas di PPV di ibu negara. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujud penambahan slot janji temu vaksinasi COVID-19 yang tersenarai di dalam aplikasi MySejahtera sehingga tidak setara dengan jumlah vaksin yang diperuntukkan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din mengesahkan perkara terbabit dan laporan berkaitan isu itu telah dibuat oleh seorang petugas di PPV di ibu negara.
Beliau berkata berdasarkan laporan polis yang diterima, pengadu mendakwa berlaku lebihan penerima vaksin yang tersenarai di dalam aplikasi MySejahtera berbanding jumlah vaksin yang diperuntukkan di PPV berkenaan.
"Siasatan masih di peringkat awal dan polis bertindak mengambil keterangan daripada beberapa orang saksi berkaitan.
"Polis menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan isu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairy jawab isu jual slot vaksin, suntikan vaksin lepasi tarikh luput
Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan penuh kepada kerajaan bagi memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjaya.
Polis tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha mensabotaj program yang sedang dilaksanakan dan tindakan tegas sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati ingkar, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#vaksin
#vaksinasi
#PICK
#slot janji temu
#penambahan
#penjualan slot
#PPV
#MySejahtera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan