KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya turut menerima satu laporan berkaitan dakwaan yang dilaporkan beberapa portal berita tempatan hari ini.
"Siasatan sedang dilakukan bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan dan polis memberi jaminan siasatan sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan isu tersebut dapat ditangani segera," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Kamarudin turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mengesahkan dakwaan penjualan 22.5 juta data peribadi itu bukan milik JPN sebaliknya data yang dijual tersebut adalah koleksi penjual daripada sumber-sumber lain.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan terdapat penjualan data peribadi lebih 22 juta rakyat Malaysia serta swafoto pengesahan kad pengenalan dimiliki 800,000 individu milik JPN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022
Mohd Kamarudin berkata pihaknya turut menerima satu laporan berkaitan dakwaan yang dilaporkan beberapa portal berita tempatan hari ini. - Gambar fail
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).