SAYA baru berusia enam tahun ketika tragedi melanda Kampung Kacang Putih di persekitaran Gunung Cheroh, Ipoh pada tahun 1973. Pada malam itu hujan turun dengan lebat dan bekalan lektrik terganggu di sekitar kawasan berkenaan.
Penduduk sekitar menceritakan tentang batu-batu kecil yang mula jatuh sebelum bencana ngeri berlaku. Kami yang tinggal berdekatan dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat dan kemudiannya melihat unit pasukan kecemasan tiba – sebahagian besar Kampung Kacang Putih telah ditimpa runtuhan batu yang besar dari gunung batu kapur berkenaan.
Pagi berikutnya, ramai penduduk persekitaran, termasuk abang-abang saya, menawarkan diri untuk membantu pasukan keselamatan. Malangnya ramai mangsa yang tidak dapat ditemui. Walaupun saya masih kecil ketika itu, insiden tersebut meninggalkan kesan mendalam, apabila mendengar kisah-kisah menakutkan, yang menjadi bualan penduduk peresekitaran.
Kenangan ngeri itu timbul semula apabila saya terbaca artikel baru-baru ini, yang memperingati ulang tahun ke-50 kejadian tragis itu. Ia mengingatkan saya tentang kehilangan nyawa, keperitan, dan trauma yang terkubur bersama batu-batuan yang kini tertanam di lokasi.
Saya juga teringat tentang satu lagi kejadian melibatkan bukit batu kapur pada November 2020, yang telah meragut dua nyawa di Banjaran Hotsprings Retreat. Tragedi di Banjaran Hotspring itu tidak boleh diabaikan dan dianggap sebagai suatu peristiwa yang berlaku secara kebetulan kerana semenjak peristiwa di Gunung Cheroh yang meragut 42 nyawa, terdapat 20 kejadian runtuhan yang melibatkan bukit kapur.
Sedihnya, tragedi Banjaran Hotspring itu hanya dilaporkan pada minggu kejadian dan seterusnya luput dari perhatian dan ingatan awam. Seperti mana-mana tragedi lain, kehilangan nyawa, tidak kira berapa ramai, tidak sepatutnya dilupakan begitu sahaja. Lebih mengecewakan lagi apabila tiada tindakan serius yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menghindar berulangnya peristiwa kehilangan nyawa akibat runtuhan bukit batu kapur.
Baru-baru ini, saya amat terganggu apabila terbaca tentang satu kes di mahkamah yang melibatkan sebuah biara di kawasan Gunung Khantan. Dilaporkan biara tersebut bertempat di kaki gunung tersebut dan turut menduduki gua di kawasan itu secara haram. Saya risau apabila membaca Kerajaan Perak mengambil keputusan untuk membentuk Jawatankuasa Khas bagi menyiasat kes ini apabila biara itu menimbulkan sentimen keagamaan setelah gagal dalam rayuan di Mahkamah untuk terus beroperasi, di tempat yang dimiliki oleh sebuah syarikat simen berdekatan.
Apa lagi yang perlu dipersoal dan dirundingkan? 50 tahun sudah berlalu semenjak tragedi Gunung Cheroh dan 20 tragedi yang melibatkan bukit batu kapur – saya tidak boleh terima yang pihak berkuasa masih mengambil pendekatan untuk ‘menyiasat’!
Siapakah yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku satu lagi insiden di Gunung Kanthan ini pula? Malah, tidakkah keputusan kerajaan negeri ini mencerminkan sokongan terhadap mereka yang menduduki tanah milik pihak lain secara haram, akibat sentimen keagamaan yang dicanangkan? Bukankah isu keselamatan seharusnya menjadi keutamaan?
Melalui pembacaan saya, bukit batu kapur seperti Gunung Rapat, Gunung Datok, Gunung Lang, Gunung Paniang, Gua Kandu, Gunung Tambun, Gunung Panjang, Gunung Kanthan, dan Gua Tempurung adalah sebahagian penting landskap Perak.
Lokasi bukit-bukit ini terletak berdekatan dengan jalan raya, kawasan perumahan, zon pembangunan yang berpotensi, tempat tarikan pelancongan, dan pelbagai struktur. Ada antara struktur dibina mengikut peraturan, manakala terdapat beberapa struktur yang dibina di persekitaran bukit kapur secara haram. Saya rasa sudah tiba masanya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, terutamanya terhadap kategori struktur atau penempatan haram.
Saya turut membaca pelbagai laporan media mengenai keselamatan bukit batu kapur, di mana struktur ini pada dasarnya, didapati tidak stabil dan mempunyai risiko keselamatan yang serius kepada mereka yang tinggal berdekatan.
Pada pendapat saya, sebarang bentuk sokongan awam untuk membenarkan penempatan di kaki atau persekitaran bukit kapur adalah berlandaskan sentimen. Ia juga mencerminkan ketidakpekaan dan kurang pengetahuan tentang struktur batu kapur yang mempunyai risiko tinggi dengan tahap keselamatan yang tidak boleh diramalkan.
Keselamatan nyawa wajib menjadi keutamaan – pihak berkuasa seharusnya sedar bahawa 50 tahun telah berlalu dan keputusan untuk berbincang, mengakaji, menganalisa situasi ini hanya akan membawa kemudaratan, seolah-olah menjemput tragedi kehilangan nyawa dengan runtuhan bukit batu kapur seterusnya. Saya tertanya-tanya, mungkinkah pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri, kerana risaukan kehilangan sokongan, apabila sesetengah pihak memainkan pelbagai sentimen termasuk sentimen keagamaan?
Pelbagai tragedi yang melibatkan bukit batu kapur telah berlaku sepanjang 50 tahun ini. Di antara punca utama adalah ketidakstabilan struktur batu kapur secara semulajadi. Seperti biasa apabila berlaku tragedi, pelbagai lapisan masyarakat akan berkongsi kesedihan, kekesalan, kekecewaan dan kemarahan. Namun, selang beberapa hari atau minggu, kita mudah lupa sehinggakan tragedi tersebut menjadi ‘basi’.
Apakah yang dapat membuka mata pihak berkuasa untuk mengambil tindakan proaktif dalam perkara ini? Dalam kes biara di Bukit Kanthan, sekiranya berlaku bencana runtuhan batu, siapakah yang akan dipertanggungjawabkan? Adakah pihak kerajaan negeri akan memikul tanggungjawab sepenuhnya kerana melambat-lambatkan mengambil tindaklan proaktif? Pihak awam pula tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan mainan sentimen akibat kurang arif tentang bahayanya struktur bukit batu kapur.
Saya harapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tanpa lengah, dan membuat keputusan berinformasi, tanpa mengambilkira mainan sentimen beberapa pihak yang bersuara lantang. Keputusan hendaklah berpandukan pandangan pakar dan data saintifik yang telahpun dikongsi oleh pakar melalui media, beberapa tahun kebelakangan ini.
Elakkan tragedi seterusnya dan utamakanlah keselamatan!
- Azlina Din
* Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Astro Awani
Tue Nov 14 2023
Pelbagai tragedi yang melibatkan bukit batu kapur telah berlaku sepanjang 50 tahun ini. - Gambar hiasan/Bernama
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Runtuhan batu kuari: JKKP jalankan siasatan menyeluruh
Pengarah JKKP Perak, Supian Alias berkata, siasatan bertujuan mengenal pasti sebarang pelanggaran perundangan dan elemen lain yang menjadi punca kepada kemalangan.
Pembakaran sampah punca kebakaran hutan Batu Caves
Kebakaran di sebahagian hutan di bukit batu kapur Batu Caves semalam dipercayai berpunca daripada pembakaran sampah oleh penduduk di sekitar kawasan tersebut.
17 sasaran disenarai di bawah Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan
Dasar itu disemak semula antara lain bertujuan melindungi dan memulihkan ekosistem dan habitat, terutama bukit batu kapur, tanah lembap, terumbu karang dan rumpai laut.